6 PERKARA YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT TERUK. KATAKAN TIDAK!
6:51 PMKulit muka yang berminyak memang senang nak ditumbuhi jerawat. Tapi tak semua muka berminyak tu akan dapat jerawat. Bergantung juga kepada kebersihan kulit muka.
Suatu ketika dulu saya pun ada masalah jerawat yang agak teruk dan kemerah merahan. Cuma, masa tu belum pandai lagi nak menjaga kulit supaya tak ditumbuhi jerawat degil.
Tetapi pada zaman IT sekarang, pelbagai tips mudah boleh didapati untuk mengatasi masalah jerawat supaya tak rasa rendah diri.
Bagaimana jerawat ni muncul?
Jerawat akan muncul apabila pengeluaran minyak di kulit muka menggalakkan bakteria dan sel kulit mati
hingga menyumbatkan liang roma kat kulit muka. So, kalau nak hilangkan masalah jerawat ni, memang kena ikut petua tertentu supaya kita dapat mengawal pengeluaran minyak di muka dan pertumbuhan jerawat.
Jom katakan tidak pada 6 perkara ni!
6 PETUA UNTUK ELAK KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT TERUK.
- Membersihkan muka terlalu kerap
Credit : Google |
Membersihkan muka dengan kerap sebenarnya boleh menyebabkan muka semakin berminyak dan makin berjerawat tau.. Melainkan anda mampu mengawal pengeluaran minyak di muka , jadi isu membasuh muka dengan kerap tak menjadi isu yang besar.
MAcam saya sendiri yang sememangnya mempunyai kulit berminyak ni, kerap juga membersihkan muka. Asal muka rasa berminyak dan tak selesa je, saya terus basuh muka. Cuma, pembersih muka tu haruslah sesuai dengan keadaan kulit kita yang berminyak la. Alhamdulillah, sekarang saya tiada isu muka terlalu berminyak.
- Menyental kulit dengan lulur dan skrub terlalu kerap
Credit : Google |
Apa kata anda buat sendiri lulur atau skrub sendiri? Lebih mudah dan jimat. Guna oatmel yang dikisar, madu dan olive oil sebagai lulur atau skrub muka.
- Tidak membersihkan peluh
- Picit jerawat
Masalahnya, bila anda dok picit picit jerawat tu dengan kuku, kuman akan mula merebak dan makin bertambahlah jerawat kat kulit muka. Lagi mengharukan bila banyak pula parut yang muncul akibat aktiviti memicit jerawat yang merata rata kat kulit muka.
- Makan makanan berminyak
Jadi, ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan resveratrol untuk kesihatan kulit terutamanya yang mempunyai masalah jerawat, kulit berminyak kering dan sebagainya.
Credit Google : Makan buah dan makanan di atas untuk dapatkan kulit yang bersih tanpa cela |
- Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Credit : Google |
Nak tips?
Jom amalkan petua di atas supaya kulit semakin cantik dan muda!
http://eh.com.my/artikel/pantang-larang-kulit-berminyak/
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.