5 TIPS MUDAH MENGATASI KULIT KERING SUPAYA TAK NAMPAK TUA BERKEREPOT
9:21 AMKeadaan cuaca yang panas dan hujan sekarang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan kulit kita.
Pada yang memiliki kulit kering, menggelupas dan sensitif ni akan terkesan dengan keadaan cuaca kita yang tak menentu.Yang paling teruk, masalah kulit sebegini mudah untuk menggalakkan kejadian pigmentasi kulit.
Jadi, apakah cara mudah untuk mengatasi masalah ini?
5 tips mudah mengatasi kulit kering supaya tak nampak tua berkerepot
Gunakan pelembap muka yang sesuai
Pakai losyen selepas mandi
Pakai losyen selepas mandi
Sangat bagus dipakai selepas kita mandi untuk melembapkan kulit. Jika korang tak begitu gemarkan losyen kerana sifatnya yang agak sedikit berminyak, anda boleh gantikan dengan minyak zaitun untuk melembapkan kulit. Ataupun, apa-apa pelembap yang dirasakan sesuai dengan kulit kering ,just go on.
Pakai payung semasa hari panas
Credit : Google |
Ini wajib. Tapi saya sendiri pun tak pakai payung semasa cuaca panas. Paling drastik, saya berlindung dan berjalan di kawasan redup seperti bawah pokok ataupun dalam walkway kedai. heeeehh. At least pakai payung akan melindungi kulit kering dari sinaran matahari yang mampu menjadikan kulit lebih teruk lagi.
Bersihkan muka sebelum tidur
Yang ni, memang DO! Wajib sangat pastikan kulit sentiasa bersih selepas pulang dari kerja dan sebelum tidur. Terutamanya bila anda jenis yang bersolek mampan.Kena lakukan 3 basic steps membersihkan wajah supaya kekotoran dari luar dapat dibersihkan dengan baik. Plus, jangan lupa pakai pelembap sebelum tidur serta losyen.
Rajin bermasker
Credit : Google |
Saya jarang guna masker sebab rimas ada benda bertempek kat muka. Rasa lemas pun ada juga.
Contoh masker untuk kulit kering
Credit : Google |
Credit : Google |
Ada orang mungkin agak malas nak buat DIY masker sendiri kan? So, Tonik merah ni antara yang terbaik untuk mengurangkan masalah kulit kering kerana mengandungi resveratrol dan kaya dengan polifenol untuk melambatkan proses penuaan kulit tau. Kulit kering yang tak dirawat secepat mungkin akan menyebabkan masalah kedutan yang ketara ....
Jadi, amalkan pemakanan sihat untuk kulit lebih sihat , gaya hidup yang aktif dan amalkan tips untuk tidak nampak tua dari umur sebenar!
Sumber : Akan diupdate kemudian
Jadi, amalkan pemakanan sihat untuk kulit lebih sihat , gaya hidup yang aktif dan amalkan tips untuk tidak nampak tua dari umur sebenar!
Sumber : Akan diupdate kemudian
---------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi :
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.