7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

2:27 PM

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau.


www.bysyiraoshak.blogspot.com


Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia. 

Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit.

Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kegatalan kulit. Kalau asyik tergaru, isu keyakinan pun akan merudum kan?



Tapi, jangan risau. Masalah panau ni tidak berjangkit tau! Ada cara tertentu untuk merawat panau ni tau supaya tak menjadi teruk.


PENYEBAB PANAU

Selain dari sistem imun yang lemah, ada beberapa lagi sebab masalah panau terjadi, antaranya :


  • Memakai pakaian yang masih lembap.
  • Memakai pakaian yang baru dijemur panas.
  • Merbesihkan muka atau badan sejurus selepas berada di bawah matahari.
  • Bersukan atau melakukan aktiviti di bawah matahari.
  • Berada di dalam bilik yang lembap dan malap.
  • Menggunakan air yang terdedah lama di bawah matahari.

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT PANAU

Masalah panau boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. terutamanya individu yang kurang mengambil pemakanan seimbang. Selain itu, individu yang mengambil ubat ubatan juga berisiko untuk mendapat penyakit kulit ini.

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU


Kekurangan zat makanan memang menjadi salah satu punca menyebabkan masalah panau.Selain dari mendapat rawatan melalui ubat, krim sapuan dan cara tradisional, diet seimbang memainkan peranan penting untuk meningkatkan sistem imun badan.

Kepelbagaian zat dan nutrisi dalam pemakanan akan membantu mengelakkan badan dari mudah dijangkiti kulat seperti panau. Jadi, pengambilan buah buahan dan sayur sayuran memang penting untuk badan mendapat zat secukupnya. Selain itu, makanan yang kurang kandungan lemak juga membantutkan penyerapan mineral dan vitamin.

Antara 7 makanan yang patut elak semasa ada masalah panau adalah :


  • Makanan tinggi gula atau manisan seperti kek
Gula menjadi tempat favourite untuk kulat membiak. Jadi, pengambilan gula haruslah disekat atau dikurangkan jika anda sedang menghidapi panau. Contohnya, manis manisan seperti kek, donat, bijirin, kopi atau minuman 3 in 1, dan apa sahaja bentuk gula tersembunyi didalam minuman atau makanan seperti maltosa, laktosa, madu dan sebagainya.


  • Makanan tinggi karbohidrat
Makanan yang kaya dengan karbohidrat memang penting untuk badan dalam membekalkan tenaga. Tetapi, karbohidrat juga akan bertukar menjadi gula dalam badan kalau ia tidak digunakan sebaiknya melalui aktiviti fizikal tau. Jadi, cuba untuk elakkan mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti kentang, keledek, roti putih dan beras putih.


  • Kekacang
Kekacang sangat berpotansi untuk berkulat tau. Jadi, Cuba untuk mengelakkan diri dari makan sebarang jenis kekacang semasa anda menhidapi panau. Contohnya kacang gajus.

Anda boleh ambil kekacang yang kurang kandungan karbohidrat seperti badam, walnut, macademia dan hazelnut tetapi diambil dalam kuantiti yang sederhana.


  • Buah buahan yang tinggi fruktosa
Buah buahan memang mengandungi gula semulajadi yang dipanggil sebagai fruktosa. Semasa menghidapi panau, anda digalakkan untuk makan buah buahan yang kurang kandungan fruktosa seperti keluarga berries, dan pic.

Buah buahan yang patut dielakkan seperti pisang,rambutan oren, kismis,kurma dan lain lain buah. Buaha buahan seperti epal, pear dan tembikai boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana sahaja.

  • Makanan yang mengandungi ibu roti atau yis 
Ibu roti yang digunakan dalam pembuatan roti dan piza juga menyebabkan pertumbuhan kulat dalam makanan. Anda tetap boleh makan makanan seperti ini tetapi pastikan tiada kandungan ibu roti atau yis tau.

  • Cuka 

Cuka diperbuat daripada anggur yang diperam lama. Disebabkan itulah ia mempunyai kandungan yang tinggi dengan yis. Oleh itu, elakkan diri untuk mengambil sebarang bentuk cuka seperti yang terdapat dalam sos tomato, mayonis dan sos dressing salad.


  • Barli
Barli juga antara makanan yang mampu menyebabkan pembiakan kulat.



CARA MERAWAT PANAU DENGAN VITAMIN SHAKLEE SUPAYA IMUN BADAN KUAT

Masalah panau terjadi akibat jangkitan kulat dan juga sistem imun badan yang lemah. Jadi,pengambilan vitamin antikulat dan menguatkan sistem imun badan perlu diambil supaya masalah panau ni tidak terjadi lagi dan dapat disembuhkan.



www.bysyiraishak.blogspot.com

Antara yang dicadangkan untuk merawat panau dan mengelakkan panau ni dari berulang adalah :

Vivix : Membantu meningkatkan sistem imun dan kaya dengan antioksidan dan vitamin c untuk membantu badan melawan jangkitan kulat, virus dan flu.

Nutriferon : Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Vitamin C : Membantu tubuh melawan infeksi kulat dan mencantikkan kulit yang berpanau.

GArlic Complex : Mengandungi bahan semulajadi dalam melawan fungus atau kulat.

Alfafa Complex : Mengandung sifat antikulat dan memperbaiki keadaan kulit yang bertompok.


Masalah panau ni sebenarnya boleh sembuh jika anda mendapatkan rawatan dengan cepat. Walaupun adakalanya ia mengambil masa untuk sembuh seperti sediakala, itu perkara biasa je tau. Hal ini kerana kulat ni menghasilkan bahan kimia bertoksik dan menghilangkan fungsi sel pigmen semasa jangkitan sedang aktif.

Asalkan dapat rawatan dari doktor, makan ubat dan guna ubat sapu. Jika tidak, jom cuba vitamin shaklee untuk pulihkan masalah panau tu.



------------------------------------------------------------------


Pertanyaan dan konsultasi, sila whatsapp ke :

www.bysyiraishak.blogspot.com







---------------------------------------------------------------------









Sumber/ Rujukan :

http://www.myhealth.gov.my/panau-tinea-versicolor/
http://www.myhealth.gov.my/pityriasis-versicolor/
http://www.natural-homeremedies.com/blog/diet-tips-for-tinea-versicolor/
http://infolib.bernama.com/doc/mag/1352.pdf
https://healthygoods.com/natural-health-blog/supporting-the-bodys-ability-to-eliminate-tinea-versicolor
http://www.earthclinic.com/cures/tinea-versicolor.html
http://www.home-remedies-for-you.com/remedy/Tinea-Versicolor.html





You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::