Anda penggemar makanan pedas seperti sambal cili padi supaya baru la rasa 'kick' ? Makanan berlemak seperti ayam masak lemak? Makanan berasid seperti jeruk? Makanan berangin seperti kentang goreng? Penggemar tegar kopi sampaikan minum lebih 3x sehari? Sukakan teh sambil hirup udara nyaman di petang dan malam hari? Menonton TV sambil minum air gas serta jajan? Wooww...
Selain dari perubahan diet, masalah obesiti dan tekanan dari persekitaran, dengan pengamalan makanan seperti itu akan mendedahkan kita kepada GASTRIK.
Ihsan dari pak Google |
Ihsan dari Pak Google |
PENYEBAB GASTRIK
Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut pula menghasilkan lapisan mukosa yang dianggap sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik kerana asid ni bersifat agak kuat didalam perut.
Ihsan dari Pak google |
Penyakit gastrik pula terjadi apabila perut kita tidak mempunyai keseimbangan antara kuantiti pengeluaran Asid Hidroklorik yang banyak dengan kekuatan lapisan pertahanan yang lemah.
Ihsan dari Pak Google |
TANDA-TANDA GASTRIK
Ihsan dari pak Google |
- Sakit bahagian ulu hati
- Loya dan muntah
- Kembung perut
- Muntah darah
- Najis berwarna gelap
- Sendawa yang kerap
- Pening kepala/pitam
- Perut rasa sebu
PUNCA GASTRIK
- Makan berlebihan dalam satu satu masa
Ihsan dari Pak Google |
- Pengambilan makanan berlemak, pedas, berkafein dan bergas secara tidak terkawal
Ihsan dari Pak Google |
Ihsan dari Pak Google |
Ihsan dari Pak Google |
- Waktu makan yang tidak teratur
- Perokok atau perokok pasif
Ihsan dari Pak Google |
- Tekanan
Ihsan dari Pak Google |
- Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
- Pengambilan alkohol
TIPS MENGATASI GASTRIK
Elakkan :
Ihsan dari Pak Google |
- makanan bergoreng,pedas, masam, makanan didalam tin, makanan berasid tinggi seperti buah oren, minuman tinggi kafein seperti kopi dan teh, minuman bikarbonat,
- aktiviti merokok
- berbaring atau bersandar selepas makan
- tidur selepas makan
Amalkan:
- Pengambilan buah kurma secara konsisten (antioksidan)
Ihsan dari Pak Google |
- Banyakkan minum air masak sebelum makan
- Minum susu untuk mengurangkan keasidan perut dan air buah yang tidak berasid seperti pisang
Ihsan dari Pak Google |
- Amalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan
- makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
- mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen
- mengurangkan aktiviti merokok
- Elakkan pengambilan alkohol
- Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat
- Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
RAWAT GASTRIK DENGAN DOA
Ihsan dari Pak Google |
Untuk yang beragama Islam, kita boleh mempraktikkan ayat-ayat Quran untuk brusaha mengurangkan kesakitan gastrik atau penyakit lain. Dengan izin Allah, kita usaha dan tawakal. ( http://www.alhidayah-medic.com/)
- Surah Al-Buruuj - ayat 1-22 ( 3x waktu malam)
- Surah Ghafir - ayat 41-55 (3x waktu siang)
SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN GASTRIK
PEPPERMINT GINGER PLUS :
- memberi rasa nyaman dan kelegaan kepada perut, menghilangkan rasa loya serta sendawa akibat perut berangin
- Boleh dilarutkan didalam air sebagai minuman herba
- membantu meneutralkan asid di dalam perut
- Susu atau kalsium bersifat alkali dan sangat bagus untuk meneutralkan asid dalam perut
- Kaya dengan protein untuk membina sel sel baru yang rosak akibat keradangan dalam perut
- Bersifat alkali dan mampu meneutralkan keasidan di dalam perut
- memberi rasa kenyang yang lama dan tenaga
Jangan kita pandang remeh je isu gastrik ni. Jika kita biarkan ia tanpa rawatan khusus, kita boleh diserang gastrik yang lebih kronik seperti ulser peptik dan kanser perut. Jadi, kita kena berjaga - jaga supaya tiada pendarahan kronik didalam perut.
Dan jangan lupa, jumpa doktor untuk rawatan susulan.
Sumber :