Seram kan?
Bayangkan hanya korang sahaja yang ada di dalam lif tu...
Cuak,seram, blur dan berpeluh ketiak..
Ihsan Google |
Ini kes apabila kita terperangkap di dalam lif semasa kilat memancar atau guruh berdentum.
Sesetengah tempat mempunyai akses backup yang bagus semasa kejadian seperti ini berlaku.
Ini kisah yang terjadi di tempat kami.
Biasalah kan,musim sekarang ni memang musim hujan. Tak terkecuali juga di tempat kerja Sya. Kebetulan malam hari ini Sya bertugas sehingga malam dan kami berdua bertugas untuk menjalankan operasi di tempat kerja dengan menyediakan akses lengkap buat pengguna.
Ihsan Google |
Tak semena-mena, ada pengguna complaint bahawa rakannya terperangkap di dalam lif berseorangan. Puas sudah ditekan butang kecemasan pada lif tapi tak dapat berfungsi juga. Dimanakah aspek keselamatan buat pengguna seperti kami?
Adatlah kan, apabila jadi peristiwa sebegitu, semua yang terlibat akan Sya call. Walaupun dah 15 minit, itu boleh dikira sebagai lambat juga kan?
Kebetulan my boss ada sekali dengan kami, jadi dia pun periksa setiap tingkat yang telah memerangkap pengguna tu di dalam lif. Rupa-rupanya,pengguna tu berada di aras bawah kami sahaja dan tingkat lif tu dah bergerak dan berhenti separuh!.
Yang memeranjatkan,pengguna tu sempat memboloskan diri dan keluar dari lif tanpa sesiapa membantu. Dari segi teori keselamatan, ia agak bahaya buat orang awam. Pengguna tersebut mungkin tergamam,cuak dan sebagainya, dan mungkin hanya itu yang sempat dilakukan untuk membebaskan diri.
Jika diikutkan keselamatan, pengguna tu boleh dihempap oleh lif jika tiba-tiba ia berfungsi. Menakutkan!Dan boleh menyebabkan kematian.
Apabila selesai kes tersebut dan operasi kerja dapat diteruskan, selang 1 jam lebih kami terdengar bunyi deringan kecemasan.
Pelik.
Lif dah okey. Baru tadi Sya turun naik guna lif.
Bila dipastikan, ada seorang pengguna wanita keluar dari lif dan menuju ke arah kami.
Paling menarik, dia memberitahu bahawa lif tu bergerak tidak mengikut aras yang dikehendaki. Maksudnya? Lif dah 'jam' ! Sekejap aras 1, sekejap ada tanda -- pada skrin lif dan ada masa bergerak.
Ihsan Google |
Akhirnya selepas deringan ketiga, dia dapat keluar dari lif. Pheww. Kami yang cuak.
Jadi, Sya hanya suggest pada dia, gunalah tangga untuk keselamatan sementara kami inform pihak berkaitan mengenai masalah ini.
Paling mudah, kami letak notis buat sementara supaya pengguna hanya menggunakan tangga jika hendak pergi ke aras 5.
Yang penting, gunalah tangga kecemasan semasa hujan,petir dan guruh. Paling utama, semasa lif rosak! :)
'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'
Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)
Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..
-----------------------------------------------------------------------------------