OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL. ADAKAH IA PENTING?
10:30 AM
Sedang mengandung?
Sedang mencari supplement atau vitamin semasa tempoh kehamilan?
Ibu hamil memerlukan nutrisi lengkap untuk kesihatan ibu serta tumbesaran anak di dalam kandungan.
Semasa mengandung, bayi mendapat sebahagian besar makanannya dari makanan dan vitamin yang ibunya ambil. Jika berkhasiat makanan yang ibu hamil ambil, ia akan memberi khasiat yang sama pada bayi dalam kandungan.
Oleh itu, Asid lemak Omega 3 (Omega 3) sangat diperlukan semasa kehamilan dan penyusuan. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan ia hanya boleh didapati dari makanan.
Hanya beberapa makanan yang mengandungi Omega 3. Sebahagian besar Omega 3 terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan ikan trout. Omega 3 juga terdapat dalam makanan yang diperkaya seperti beberapa jenama susu, jus dan yogurt.
Walaupun begitu, ikan merupakan Omega 3 terbaik kerana kaya dengan EPA dan DHA.
EPA & DHA dalam Omega 3
EPA menyokong kesihatan jantung,, sistem pertahanan badan, dan bertindakbalas dengan keradangan. Selain itu, EPA juga membantu ibu untuk mengawal tekanan perasaan dan mengawal kadar kolestrol yang berlebihan dalam darah.
Manakala DHA penting untuk menyokong kesihatan dan perkembangan otak,mata dan sistem saraf. Ia juga membantu ibu dari migrain dan rasa kebas pada anggota badan.
Kepentingan Omega 3 untuk ibu hamil/mengandung
Omega 3 adalah penting untuk kesihatan.
Ia meningkatkan penglihatan dan perkembangan saraf otak bayi semasa di dalam kandungan. Jika kekurangan Omega 3 akan menyebabkan gangguan perkembangan otak dan tingkah laku anak semasa membesar.
Mengambil Omega 3 yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi untuk mendapat asma,ekzema dan alahan lain. Ia juga boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi terlalu awal dan mengelakkan ibu dari risiko kemurungan selepas bersalin nanti.
Lagi satu, Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko untuk ibu mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung.
OMEGA 3 juga terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE yang banyak kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan!
Sumber :
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.