BILA LIF TAK BEROPERASI SEDANGKAN ADA ORANG DI DALAMNYA

7:48 PM


Seram kan?

Bayangkan hanya korang sahaja yang ada di dalam lif tu...

Cuak,seram, blur dan berpeluh ketiak..


Ihsan Google

Ini bukan cerita seram dan nampak bayang-bayang sesuatu.

Ini kes apabila kita terperangkap di dalam lif semasa kilat memancar atau guruh berdentum.

Sesetengah tempat mempunyai akses backup yang bagus semasa kejadian seperti ini berlaku. 

Ini kisah yang terjadi di tempat kami.

Biasalah kan,musim sekarang ni memang musim hujan. Tak terkecuali juga di tempat kerja Sya. Kebetulan malam hari ini Sya bertugas sehingga malam dan kami berdua bertugas untuk menjalankan operasi di tempat kerja dengan menyediakan akses lengkap buat pengguna.


Ihsan Google

Guruh berdentum,kilat memancar. Dan tiba-tiba sahaja, lampu terpadam kecuali lampu backup. Dan apabila diperiksa, lif juga tidak boleh beroperasi. Terus blank. Kalau tak, memang kami akan nampak di mana lif tu parking buat kali terakhir.

Tak semena-mena, ada pengguna complaint bahawa rakannya terperangkap di dalam lif berseorangan. Puas sudah ditekan butang kecemasan pada lif tapi tak dapat berfungsi juga. Dimanakah aspek keselamatan buat pengguna seperti kami?

Adatlah kan, apabila jadi peristiwa sebegitu, semua yang terlibat akan Sya call. Walaupun dah 15 minit, itu boleh dikira sebagai lambat juga kan?

Kebetulan my boss ada sekali dengan kami, jadi dia pun periksa setiap tingkat yang telah memerangkap pengguna tu di dalam lif. Rupa-rupanya,pengguna tu berada di aras bawah kami sahaja dan tingkat lif tu dah bergerak dan berhenti separuh!.

Yang memeranjatkan,pengguna tu sempat memboloskan diri dan keluar dari lif tanpa sesiapa membantu. Dari segi teori keselamatan, ia agak bahaya buat orang awam. Pengguna tersebut mungkin tergamam,cuak dan sebagainya, dan mungkin hanya itu yang sempat dilakukan untuk membebaskan diri.

Jika diikutkan keselamatan, pengguna tu boleh dihempap oleh lif jika tiba-tiba ia berfungsi. Menakutkan!Dan boleh menyebabkan kematian.

Apabila selesai kes tersebut dan operasi kerja dapat diteruskan, selang 1 jam lebih kami terdengar bunyi deringan kecemasan.

Pelik.

Lif dah okey. Baru tadi Sya turun naik guna lif.

Bila dipastikan, ada seorang pengguna wanita keluar dari lif dan menuju ke arah kami.

Paling menarik, dia memberitahu bahawa lif tu bergerak tidak mengikut aras yang dikehendaki. Maksudnya? Lif dah 'jam' ! Sekejap aras 1, sekejap ada tanda -- pada skrin lif dan ada masa bergerak.


Ihsan Google

What's going on?

Akhirnya selepas deringan ketiga, dia dapat keluar dari lif. Pheww. Kami yang cuak.

Jadi, Sya hanya suggest pada dia, gunalah tangga untuk keselamatan sementara kami inform pihak berkaitan mengenai masalah ini.

Paling mudah, kami letak notis buat sementara supaya pengguna hanya menggunakan tangga jika hendak pergi ke aras 5.

Yang penting, gunalah tangga kecemasan semasa hujan,petir dan guruh. Paling utama, semasa lif rosak! :)



'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

You Might Also Like

18 Pengomen

  1. Tak boleh nk imagine kalo terperangkap dalam lif....

    IDAMAN SETIAP WANITA

    ReplyDelete
  2. Kak tun pun pernah lalui pengalaman lif terhenti tiba2. nasib baik pintu nya terbuka. cpt2 kami keluar. mmg seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu nasib baik pintu terbuka kak tun..klao x bukak? lemas

      Delete
  3. Pernah terperangkap sekali, walaupun tak lama,tapi dah cukup buat kepanasan, rasa nk pitam sbb ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terperangkap dengan manusia yang berbau busuk,lagi pitam dan nak pengsan huhu

      Delete
  4. Perkara paling takut jika naik lif..selalu pikir kalau lif rosak...apa akan jadi..haha

    ReplyDelete
  5. Sya keje apa ek? hehe..tetiba ku bertanya. huda kalau boleh memang xnak naik lif sebab TAKUT. hahaa..tapi kalau dah terpaksa nak buat cemana kan..huhuu

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni soalan cepumas dr satu-satunya sid hahaha...librarian huda,biasalahh.kena gak naik lif.mana larat kalo bertingkat2 kannn

      Delete
  6. X pernah trperangkap dlm lif..tp klu kena x tahulah cmne...pasti tkut jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun selalu terpikir mcam tu..hampir2 terjadi tu adalaaa

      Delete
  7. Gerunnya.. dah lah lift kalau jammed gelap gelita. Alhamdulillah kawan tu dapat keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..tp stil bahaya juga.isu ni dah dibawa kepada pihak atasan

      Delete
  8. Memang takut kalau terperangkap dalam lif. Gelap dan mulalah terfikir yang bukan-bukan.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  9. cuak kot duduk sorang-sorang dalam lif pastu tetiba lif rosak.. mula la kepala imagine cerita2 seram..

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::