Seram kan?
Bayangkan hanya korang sahaja yang ada di dalam lif tu...
Cuak,seram, blur dan berpeluh ketiak..
Ihsan Google |
Ini kes apabila kita terperangkap di dalam lif semasa kilat memancar atau guruh berdentum.
Sesetengah tempat mempunyai akses backup yang bagus semasa kejadian seperti ini berlaku.
Ini kisah yang terjadi di tempat kami.
Biasalah kan,musim sekarang ni memang musim hujan. Tak terkecuali juga di tempat kerja Sya. Kebetulan malam hari ini Sya bertugas sehingga malam dan kami berdua bertugas untuk menjalankan operasi di tempat kerja dengan menyediakan akses lengkap buat pengguna.
Ihsan Google |
Tak semena-mena, ada pengguna complaint bahawa rakannya terperangkap di dalam lif berseorangan. Puas sudah ditekan butang kecemasan pada lif tapi tak dapat berfungsi juga. Dimanakah aspek keselamatan buat pengguna seperti kami?
Adatlah kan, apabila jadi peristiwa sebegitu, semua yang terlibat akan Sya call. Walaupun dah 15 minit, itu boleh dikira sebagai lambat juga kan?
Kebetulan my boss ada sekali dengan kami, jadi dia pun periksa setiap tingkat yang telah memerangkap pengguna tu di dalam lif. Rupa-rupanya,pengguna tu berada di aras bawah kami sahaja dan tingkat lif tu dah bergerak dan berhenti separuh!.
Yang memeranjatkan,pengguna tu sempat memboloskan diri dan keluar dari lif tanpa sesiapa membantu. Dari segi teori keselamatan, ia agak bahaya buat orang awam. Pengguna tersebut mungkin tergamam,cuak dan sebagainya, dan mungkin hanya itu yang sempat dilakukan untuk membebaskan diri.
Jika diikutkan keselamatan, pengguna tu boleh dihempap oleh lif jika tiba-tiba ia berfungsi. Menakutkan!Dan boleh menyebabkan kematian.
Apabila selesai kes tersebut dan operasi kerja dapat diteruskan, selang 1 jam lebih kami terdengar bunyi deringan kecemasan.
Pelik.
Lif dah okey. Baru tadi Sya turun naik guna lif.
Bila dipastikan, ada seorang pengguna wanita keluar dari lif dan menuju ke arah kami.
Paling menarik, dia memberitahu bahawa lif tu bergerak tidak mengikut aras yang dikehendaki. Maksudnya? Lif dah 'jam' ! Sekejap aras 1, sekejap ada tanda -- pada skrin lif dan ada masa bergerak.
Ihsan Google |
Akhirnya selepas deringan ketiga, dia dapat keluar dari lif. Pheww. Kami yang cuak.
Jadi, Sya hanya suggest pada dia, gunalah tangga untuk keselamatan sementara kami inform pihak berkaitan mengenai masalah ini.
Paling mudah, kami letak notis buat sementara supaya pengguna hanya menggunakan tangga jika hendak pergi ke aras 5.
Yang penting, gunalah tangga kecemasan semasa hujan,petir dan guruh. Paling utama, semasa lif rosak! :)
'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'
Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)
Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..
-----------------------------------------------------------------------------------
Tak boleh nk imagine kalo terperangkap dalam lif....
ReplyDeleteIDAMAN SETIAP WANITA
betul..rasa sangta bernsib baik sampai skang
DeleteKak tun pun pernah lalui pengalaman lif terhenti tiba2. nasib baik pintu nya terbuka. cpt2 kami keluar. mmg seram
ReplyDeleteitu nasib baik pintu terbuka kak tun..klao x bukak? lemas
DeletePernah terperangkap sekali, walaupun tak lama,tapi dah cukup buat kepanasan, rasa nk pitam sbb ramai org
ReplyDeletekalau terperangkap dengan manusia yang berbau busuk,lagi pitam dan nak pengsan huhu
DeletePerkara paling takut jika naik lif..selalu pikir kalau lif rosak...apa akan jadi..haha
ReplyDeletehahah itu macam paranoid jeee
DeleteSya keje apa ek? hehe..tetiba ku bertanya. huda kalau boleh memang xnak naik lif sebab TAKUT. hahaa..tapi kalau dah terpaksa nak buat cemana kan..huhuu
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
ni soalan cepumas dr satu-satunya sid hahaha...librarian huda,biasalahh.kena gak naik lif.mana larat kalo bertingkat2 kannn
DeleteX pernah trperangkap dlm lif..tp klu kena x tahulah cmne...pasti tkut jgk..
ReplyDeletesy pun selalu terpikir mcam tu..hampir2 terjadi tu adalaaa
DeleteGerunnya.. dah lah lift kalau jammed gelap gelita. Alhamdulillah kawan tu dapat keluar.
ReplyDeletehaah..tp stil bahaya juga.isu ni dah dibawa kepada pihak atasan
DeleteMemang takut kalau terperangkap dalam lif. Gelap dan mulalah terfikir yang bukan-bukan.
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
mesti rasa gelabah kan...
Deletecuak kot duduk sorang-sorang dalam lif pastu tetiba lif rosak.. mula la kepala imagine cerita2 seram..
ReplyDeleteNUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR
Fobia juga naik lif kt shopping mall
ReplyDeletePertambahan Berat Badan Ketika Hamil