Dulu,ni cerita 2 tahun lepas masa sya stay kat rumah sewa di WM.Takda keja sangat waktu malam,selalu sya usha2 blogger-blogger yang mengadakan kelas coklat,tart, roti dll..
Dalam hati macam melonjak-lonjak je nak join kelas coklat tapi.........
fulus nggaaak cukup lah,x reti jalan la..itu la punca niat di hati tertangguh..Masa tu memang coklat tengah IN.Ramai dah yang anjurkan kelas-kelas coklat.TApi waktu tu Facebook belum cukup famos amos macam skang. :)
TAPI..akhirnya,19 Mei lepas,sya join kelas homemade coklat yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti.Murah.Best.
Tapi yang tak bestnya,pelajarnya agak ramai. Total 26 orang yang hadir. HUHu..kalo sikit peserta lagi bagus,senang nak fokus.
Well,i tot i got a new xperience there.New recipe to make a good homemade choc.Berbeza dengan resipi yang ada di internet kala ni.Kalo nak tau,pegi join kelas coklat yang dorang organize.Berbaloi la dengan harga yuran dorang ;)
Hajat di hati ni memang macam-macam nak buat,kuih itu la kuih ini la tapi hati macam tertarik nak buat kuih bakar.Nak dijadikan cerita, penah sekali mak terbeli (terbeliiii???) kuih ni dari anak yatim (Rumah anak yatim di Nilai).
Sekali rasa,emmm sedap jugak.Disebabkan tu,sya semangat carik resipi untuk try buat!
Tapi,hampehhh.Tak buat-buat jugak.Bukannya malas,tapi setiap minggu ada je aktiviti merayap (merayap bukan sebarang merayap) yang saya buat ngan famili.hehe.
Okey,akhirnya last week akhirnya hajat di hati tertunai jua.Spend 1 day untuk buat kuih yang simple ni. ( baru belajar buat hehe)
--nampak mcm sedap x?--
--guna acuan kecil--
Resipi kuih bakar ni sayarujuk dari Joayee myresipi..Banyak lagi resipi lain yang boleh di refer, tapi saya prefer resipi dia.Mungkin resipi Joayee nampak menarik kot .Thanks Joayee (nanti sya letak dalam laporan masakan ye!)
Bahan-bahan :
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
pewarna hijau
bijan
Cara-cara
Campur semua bahan. Blend sampai sebati.
Masukkansedikit minyak dlm loyang .
Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi. Taburkan bijan. bakar dalam 180 darjah, sampai garing & masak.
SURAH YAASIN.. Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..
Sy ambil dari FB (tak pasti dr mana,sori!) untuk renungan bersama,Insyallah =)
Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah; memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
kita. Lebih elok selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua – Hancur Tiupan
ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yangbermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk.”
Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah
100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang
Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja
hajat.
Elok dibaca
1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 pagi Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 – Yassin baca 7x 4. Ayat 38 – 12x 5. Ayat 58 – 7x 6. Ayat 82 – 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.