Kehebatan Surah Yaasin..Subhanallah.
11:12 AM
SURAH YAASIN.. Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..
Sy ambil dari FB (tak pasti dr mana,sori!) untuk renungan bersama,Insyallah =)
- Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
- Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
- Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
- Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
- Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah; memberi hidayah kepada anak.
- Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
- Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.
- Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
- Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
- Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
- Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
- Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
- Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
- Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
- Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
- Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
- Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
- Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
- Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua – Hancur Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
- Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
- Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
- Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
- Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
- Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yangbermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
- (Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
- Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
- Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Elok dibaca
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Wassalamm!!
Sekian...
---dariKacaMata Syiraishak--
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.