Google Image


LELAKKAN AKTIVITI LUAR SECARA KERAP

Bila terlalu lama terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang kurang sihat, kulit pun sukar bernafas kan? Penuh kotoran hitam bila kulit muka dicuci dengan toner. Itu maksudnya udara luar sangat tak sihat dan penuh dengan habuk. Bila perkara ni terjadi, kulit yang sensitif akan jadi makin sensitif dan kulit bermasalah akan teruk dilanda masalah seperti jerawat batu dan sebagainya.


DAPATKAN PROTECTION TERBAIK

Jangan lupa pelindung matahari saat korang keluar rumah.ISapu dengan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi lebih daripada 30+. Ia penting bagi melindungi wajah dari terkena terus ke pancaran matahari.

BANYAKKAN AMBIL AIR MASAK BUKAN AIR MANIS, KAFEIN ATAU GAS

Minum air masak dengan kerap waktu siang dan kurangkan pengambilannya pada waktu malam.. Ia bukan sahaja mengelakkan dehidrasi, malah ia merupakan salah satu senjata untuk melawan pelbagai jenis penyakit. 

ENJOY DI LUAR NEGARA (kah!)

Sekiranya laporan menunjukkan kadar jerebu akan menjadi semakin serius, ambil cuti dan masa inilah nak melancong kan. Sambil dapat jaga kesihatan, dapat juga peluang untuk melancong. hahahahahha

MAKAN MAKANAN KAYA NUTRISI

Yang ni jangan lupa. Pastikan korang ambil makanan rendah gula dan lemak tau. Pengambilan gula yang tinggi boleh buatkan muka cepat berkedut.Then, dari nutrisi yang seimbang akan buatkan kulit wajah nampak sihat dan segar. Awet muda gituu..
Kalau tak yakin, ambil je vitamin, Sah-sah nutrien yang kurang akan ditoapp balik! ;)


Jom cantik dan sihat selalu! :)