TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT SEMASA JEREBU SUPAYA TAK NAMPAK KUSAM
12:00 PMNampaknya sejak semalam dah start hujan di beberapa tempat kan? Alhamdulillah kuranglah sikit jerebu di kawasan Nilai ni.
Bila jerebu mula berleluasa, banyak pula serangan penyakit yang kita dengar dan penuh klinik dengan sekumpulan manusia yang sakit seperti batuk, sakit mata, sukar bernafas, sakit dada dan sebagainya.
Kredit : Ahmad Junaidi |
Tapi, bayangkanlah ya. Kalau jerebu ni berlanjutan hingga jangka masa panjang, apa akan jadi pada kesihatan kita? Kesihatan kulit kita tak efek ke?
Kulit pun macam organ lain juga yang perlukan udara yanng bersih dan segar. KAlau tak dijaga dengan baik, kulit korang akan mudah kusam, kering dan sensitif. Apetah lagi jika korang ada masalah kulit seperti jerawat dan alahan.
Tiada siapa nak kulit jadi kusam dan tak bermaya kan? Jangan jadi hodoh walaupun kita tak secantik mana. Tapi, kesihatan kulit tetap kena jaga supaya tak nampak tua sebelum waktunya.
Ada beberapa cara untuk pastikan kulit korang kekal sihat semasa negara kita menghadapi masalah cuaca dan persekitaran seperti jerebu mahupun panas.
TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT SEMASA JEREBU SUPAYA TAK NAMPAK KUSAM
Bila terlalu lama terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang kurang sihat, kulit pun sukar bernafas kan? Penuh kotoran hitam bila kulit muka dicuci dengan toner. Itu maksudnya udara luar sangat tak sihat dan penuh dengan habuk. Bila perkara ni terjadi, kulit yang sensitif akan jadi makin sensitif dan kulit bermasalah akan teruk dilanda masalah seperti jerawat batu dan sebagainya.
DAPATKAN PROTECTION TERBAIK
Jangan lupa pelindung matahari saat korang keluar rumah.ISapu dengan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi lebih daripada 30+. Ia penting bagi melindungi wajah dari terkena terus ke pancaran matahari.
BANYAKKAN AMBIL AIR MASAK BUKAN AIR MANIS, KAFEIN ATAU GAS
Minum air masak dengan kerap waktu siang dan kurangkan pengambilannya pada waktu malam.. Ia bukan sahaja mengelakkan dehidrasi, malah ia merupakan salah satu senjata untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
ENJOY DI LUAR NEGARA (kah!)
Sekiranya laporan menunjukkan kadar jerebu akan menjadi semakin serius, ambil cuti dan masa inilah nak melancong kan. Sambil dapat jaga kesihatan, dapat juga peluang untuk melancong. hahahahahha
MAKAN MAKANAN KAYA NUTRISI
Yang ni jangan lupa. Pastikan korang ambil makanan rendah gula dan lemak tau. Pengambilan gula yang tinggi boleh buatkan muka cepat berkedut.Then, dari nutrisi yang seimbang akan buatkan kulit wajah nampak sihat dan segar. Awet muda gituu..Kalau tak yakin, ambil je vitamin, Sah-sah nutrien yang kurang akan ditoapp balik! ;)
Jom cantik dan sihat selalu! :)
0 Pengomen