Ada pokok pandan kat belakang rumah?
Selain mudah nak tanam pokok pandan ni, ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Contohnya, daun pandan ni selalu digunakan dalam pembuatan bedak sejuk, pewangi kereta ataupun tandas dan sebagai bahan untuk menghalau lipas.
Kalau letak sikit sebagai pewangi bilik, okey apaaa..takdela bilik kita bau masam dengan tuala lembap, baju kotor, ditambah pula dengan ruang udara yang tak cukup dalam bilik tu. Lagila bertambah masam. *boleh pengsan!
DIGUNAKAN DALAM MASAKAN
Kerap air dari perahan daun pandan ni dijadikan sebagai perasa, pewarna dan pewangi especially untuk buat kuih. Senaraikan kuih yang gunakan pandan sebagai watak pembantu. ;p
kredit untuk pemilik gambar |
Jangan kata tak terliur! **sambil sapu air liur masa menaip...
Ada lagi. Makanan yang selalu kita makan dan mesti ada dalam menu brekfes!
Bila letak daun pandan yang dah diikat dalam nasi lemak, phewwww semerbau bau nasi tuu bila dah siap masak! Bila wangi dan sedap, komfem makan dah tak ingat;p
Selain dari makanan, daun pandan juga boleh diletakkan di dalam air. Air apa perlukan pandan?
Pernah buat air sirap sendiri? mak mak selalu akan letakkan daun pandan yang dah diikat ke dalam air rebusan sirap untuk mewangikan lagi air sirap buatan sendiri...Nyummss!
Sukakan cendol? Salah satu cara nak wangikan cendol dan pewarna tu adalah menggunakan pandan! :)
Lagi?
Serawa durian !Perghh...
kredit. |
Okay, cukup-cukuplah tengok gambar makanan, hheheh...sya pulak yang stat nak terliur ;p
MENGHITAMKAN RAMBUT
Ni tips untuk hitamkan rambut secara semulajadi menggunakan daun pandan.
Ambil daun pandan dan rebus dengan segelas air sehingga mendidih dan air bertukar kehijauan. Biarkan sejuk dan embunkan semalaman. Bila dah pagi, campurkan air tu dengan air perahan 3 biji mengkudu tua. (**pening dengan bau mengkudu yang dah masak). Buat 3 kali seminggu secara konsisten dengan menggunakan air campuran tu.
MENGATASI KELEMUMUR
Cuci bersih 2-5 helain daun pandan. Hiris kecil dan tumbuk halus daun tu.Then, bolela sapu sapu belai belai di atas kepala. Dahla wangi, pastu bole bantu korang atasi masalah kelemumur secara natural. ** Sila rajinkan diri kalau nak cantik :p
MENGUBATI PANAU
Tumbuk halus daun pandan. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum 3 hari berturut-turut. ** Usaha je, insyallah berjaya
TEKANAN DARAH TINGGI
Rebus daun pandan dengan 2 gelas air. Biarkan air rebusan tu mulai susut lebih kurang macam kita letak segelas je. try minum pagi dan petang untuk kembalikan tekanan darah normal.
ATASI LEMAH SARAF
Beberapa helai daun pandan diracik halus. Rebus dengan 3 gelas air sampai mendidih. Pastikan air rebusan tu makin kurang seperti kita letak 2 gelas air. Biarkan seketika. Minum air rebusan pagi dan petang.
Perlukan komitmen bukan sebarangan kalao nak cantik dan sihat secara semulajadi. :)
Sumber :
'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'
Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)
Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..
-----------------------------------------------------------------------------------