9 MAKANAN YANG MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI CEPAT SEMBUH DAN PLATLET DARAH MENJADI NORMAL TANPA UBAT
4:19 PM
19 tahun lepas, Ashraf dapat merasakan badannya mula sakit sakit dan rasa lemah. Secara tiba tiba, badan dia mula terasa panas hinggalah demam pada malam hari.Keesokkan hari, Ashraf tidak dapat membuka mata akibat suhu badannya yang agak panas. Ashraf mengalami demam panas selama beberapa hari hingga langsung tidak kebah walaupun dah mengambil ubat ubatan yang diberikan doktor.
Kenapa dengan ashraf ni?
Apabila anda mengalami demam berpanjangan seperti Ashraf, jangan ambil ringan tau. Cuba buat pemeriksaan darah di klinik atau hospital terdekat untuk mengetahui status anda samada menghidap denggi atau sebaliknya.
Hal ini juga terjadi pada saya dan 2 orang adik kira kira 2 tahun lepas. Kami terpaksa buat pemeriksaan darah setiap hari kerana suhu badan kami yang tidak kebah. Kata doktor, kami mungkin dikategorikan sebagai suspek denggi. Bayangkan la, area rumah kami sentiasa dipantau oleh pegawai kesihatan yang datang buat semburan denggi.
Seram bila terpaksa tadah lengan untuk check kondisi darah samada berjangkit atau sebaliknya. Kalau lengan lebam, itu perkara biasa semasa buat pemeriksaan darah. huhuu.. Tapi, alhamdulillah darah kami bersih dari virus denggi.
Demam denggi ni terjadi apabila virus denggi dibawa oleh nyamuk aedes pada manusia melalui gigitan. Demam akibat denggi memang sangat bahaya tau kerana belum ada vaksin ataupun ubat yang dapat merawat demam denggi sehingga kini. Kiranya, sesiapa yang menghidap demam denggi ni boleh membawa kepada kematian.
Nak kenal nyamuk Aedes ni senang je. Kat badan dan kaki nyamuk Aedes ada belang hitam putih yang berbeza dengan nyamuk biasa. Biasanya nyamuk Aedes akan menggigit mangsanya pada wal pagi dan waktu senja.
credit:Google |
BAGAIMANA SAYA BOLEH DISERANG DEMAM DENGGI SEDANGKAN SAYA MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN RUMAH?
Sesiapa sahaja boleh menghidap demam denggi tau. Contohnya, jika nyamuk aedes tersebut memindahkan virus denggi kepada anda, kemungkinan untuk anda menghidap demam denggi sangat besar. Tak kiralah di mana je anda berada, kalau nyamuk tersebut ada merata rata dan pindahkan virus denggi, anda tetap akan dapat demam denggi.
Virus denggi boleh dipindahkan dari individu lain kepada sesiapa sahaja dalam masa 8 hingga 12 hari. Dari sinilah anda boleh detect di mana anda berada dalam tempoh seminggu sebelum anda menhidap denggi mahupun mempunyai simptom demam denggi.
TANDA TANDA DEMAM DENGGI
Jika anda berasa demam yang berpanjangan, adakah anda mendapat simptom seperti di bawah ni?
Credit : Google |
- Demam kuat yang mengejut
- Sakit kepala yang teruk
- Ruam merah pada kulit
- Sakit di belakang mata, otot dan sendi
- Muka kemerahan
- Kurang selesa di bahagian ulu hati
- Terasa sensitif di bahagian rusuk kanan
- Sakit di bahagian abdomen
- Pendarahan bawah kulit, hidung dan gusi
- Hilang selera makan
- Muntah dan sakit perut
CARA MERAWAT DEMAM DENGGI
Setakat ni, belum ada lagi rawatan untuk merawat demam denggi daripada kebah. Cuma, pihak hospital akan cuba memberikan rawatan dalam mengurangkan suhu badan pesakit dan mengelakkan pesakit dari menghidap demam denggi berdarah.
Demam denggi ni mampu membuatkan kuantiti platlet dalam badan mula menurun dari tahap yang normal. Ia sangat merbahaya terutamanya pada kanak kanak kerana imun badan mereka yang lemah dalam menghadapi serangan denggi. Boleh bawa kepada kematian tau especially demam denggi berdarah ataupun demam denggi kali ke-2!
Selain dari ubat ubatan yang mampu mengurangkan gejala demam denggi, pesakit demam denggi boleh sembuh dengan cepat jika dapat berehat dengan cukup dan mengamalkan pemakanan seimbang. PAling penting adalah menaikkan paras platlet supaya menjadi normal kembali.
Oleh itu, terdapat beberapa makanan yang sesuai untuk menaikkan paras platlet pesakit demam denggi dan mengurangkan simptom denggi dari menjadi lebih teruk lagi.
9 MAKANAN YANG MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI CEPAT SEMBUH DAN PLATLET DARAH MENJADI NORMAL
Buah betik
Minum air halia suam
Air Kelapa
Jus oren/lemon yang kaya dengan Vitamin C
Teh herba atau teh hijau
Labu
Tingkatkan pengambilan Vitamin C
Tambahan pula, ia membantu pesakit yang mempunyai platlet yang rendah dalam darah untuk kembali menjadi normal. Selain itu, makanan yang kaya dengan Vitamin C juga membantu pengeluaran limfosit di samping menguatkan sistem imun badan.
Daun Basil
Pisang
Di samping mengambil ubat, drip, dan mencuba cara tradisional, pesakit denggi juga boleh mencuba cara moden dengan mengamalkan produk Shaklee yang membantu meningkatkan tenaga, mengekalkan bendalir dalam badan dan menambahkan platlet dalam darah supaya menjadi normal.
NAK RAWAT DEMAM DENGGI TANPA UBAT?
Ikuti tips pemakanan dari Nutritionist Shaklee dan Produk Shaklee yang sesuai dalam meningkatkan bendalir dalam badan dan menguatkan imunisasi badan.
Sumber/Rujukan :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/19937-demam-denggi--jangan-ambil-mudah.html
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/mediadenggi.php
http://www.pku.upm.edu.my/sp/page/3893/denggi%20(sp/page/3893/dengue)
http://www.searchhomeremedy.com/10-top-healthy-diet-tips-for-dengue-patients/
https://www.organicfacts.net/home-remedies/dengue-fever.html
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/expert-recommended-diet-tips-to-fight-dengue-t915/
http://www.healthizen.com/diet-nutrition/home-remedies-for-dengue.aspx
http://www.articlesofhealthcare.com/1511/dengue-fever-eat-only-these-foods.html
http://www.articlesofhealthcare.com/10714/4-foods-that-can-increase-platelets-when-exposed-to-dengue-fever.html
1 Pengomen
Sekarang ni, bukan setakat denggi je yang dihakimi. Muncul wabak yg kecoh skrg, measles, difteria, batuk kokol. Ya Allah, skrg demam pun kena cepat-cepat bawak klinik walaupun sambil tu boleh buat mcm suggested di atas. Naudzubillah min zalik, semoga anak-anak terhindar drpd wabak2 ini.
ReplyDeleteAssalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.