APA ITU SYTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) ATAU LUPUS DAN CARA MENGESAN PENYAKIT SLE SEBELUM MEMBAWA MAUT
4:09 PM
Bulan lepas, ada parents datang untuk withdraw bagi pihak anak mereka dari university.
Saya mula risik la ketidakhadiran anak mereka untuk isi withdrawal form, dan kebetulan mereka agak ramah kan. Rupa-rupanya anak mereka menghidap SLE.
Kata parents tersebut, anak mereka ni cepat penat dan disebabkan itulah mengangguhkan pengajian buat sementara waktu dan tinggal di rumah.
Saya pula hanya tahu mengenai SLE sebab ia penyakit auto imun, tapi hanya itu je. Tak tahu apa punca dan gejala bagi penyakit ni. Nak tanya parents tu lebih lebih, takut plak ia isu sensitif kan. Sebab tak semua sporting nak bercerita mengenai penyakit yang stu ni.
So, dari situlah saya mula cari info tentang penyakit SLE ni. Dan ada beberapa sumber berkaitan SLE yang sangat bagus untuk dikongsi. Jom!
APAKAH SLE?
'Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini.'
Jadi, apakah SLE ni?
Sytemic Lupus Erythematosus (SLE) atau LUPUS adalah penyakit kronik auto-imun
di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak.
Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi
tindak balas terhadap tisu seseorang.
Ini menjejaskan beberapa bahagian
sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru,
sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.
Ia
terjadi apabila sistem daya tahan badan menjadi bercelaru dan mula
melawan tisu-tisunya sendiri.
Gabungan faktor-faktor keturunan, alam
sekitar, serta hormon boleh menjadi penyumbang kepada keadaan ini. Ia
berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal
seseorang. Ia juga akan menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian
tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Punca
penyakit SLE tidak diketahui. Ia adalah sejenis penyakit autoimun.
Namun, cahaya matahari (UV) boleh memburukkan keadaan
pesakit. Selain itu, SLE juga bukan penyakit berkaitan genetik.
TANDA TANDA PENYAKIT SLE ATAU LUPUS
Ciri ciri pesakit SLE memang berbeza antara satu sama lain.
Antara tanda yang biasa dihidapi oleh pesakit SLE atau lupus adalah :
- Keletihan yang melampau
- Sakit kepala
- Sakit sakit sendi
- Sakit dada
- Demam
- Anemia atau kekurangan sel darah merah (hemoglobin)
- Ruam yang berbentuk rama rama samada di muka atau badan
- Sensitif pada cahaya matahari
- Keguguran rambut dan sebagainya
- Risiko untuk mendapat darah beku
- Sawan, strok dan gangguan mental
Kadang kadang susah untuk tahu samada anda menghidap SLE atau tidak. Ini disebabkan tanda tanda SLE juga sama dengan penyakit lain hingga menyebablan SLE sukar diberi diagnosis. Lagipun, tiada ujian yang spesifik bagi menentukan sama ada seseorang itu menghidapi SLE atau tak.
JENIS-JENIS SLE
SLE ada tiga jenis iaitu Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Discoid Lupus Erythematosus (DLE) dan Lupus Neonatal.
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Discoid Lupus Erythematosus (DLE)
hanya melibatkan kulit sahaja. Mereka yang menghidapnya akan mengalami
tompok-tompok merah pada wajah, kulit kepala, kaki, tangan, dan badan.
Ia boleh menjadi lebih kronik apabila tompok-tompok tersebut mula
berubah menjadi bersisik dan tebal. Keadaan ini mungkin boleh berlarutan
hingga bertahun-tahun. Ada pesakit yang telah sembuh tetapi sejumlah
kecil penghidapnya masih boleh menghidap DLE lagi selepas itu.
- Lupus Neonatal
boleh
menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami radang kulit, masalah darah
dan hati. Namun begitu, gejala ini akan hilang dalam masa beberapa
bulan.
Ia berlaku disebabkan oleh auto antibodi di dalam darah ibu yang
dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Kes begini jarang ditemui
namun apa yang membimbangkan ialah bayi yang mempunyai masalah ini
berisiko mengalami masalah jantung.
SIAPA BERISIKO MENDAPAT SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang mendapat SLE adalah kaum
wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan
kanak-kanak.
Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan
umur yang boleh melahirkan anak dan jarang sekali terjadi semasa kanak-kanak atau
setelah putus haid.
BAGAIMANA MENGESAN SLE
Pakar perubatan pernah mengulas bahawa cara untuk mengesan SLE bukannya mudah tau. Ianya memerlukan
beberapa ujian darah dan ujian air kencing untuk mengesan SLE ni.
Ujian yang dianggap berkesan ialah
ujian menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE seperti
antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel
tubuh. Ramai penghidap SLE mempunyai antibodi antinuklear.
Selain
daripada ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang
khusus untuk membantu mendiagnosis SLE contohnya seperti anti-DNA,
anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA) dan anti La ( SSB).
Biopsi
ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosis SLE. Ia
dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat
misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga
sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin
(antifosfolipid) .
Jika
seseorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini terutamanya pesakit wanita
yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta
keguguran bayi.
Kesemua ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu
membuat diagnosis. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan
keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosis SLE.
SLE DAN VIVIX
Penyakit
ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi
organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis
lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan
menyebabkan pesakit kurang darah merah.
Dalam kes SLE ni, konsultasi dari doktor dan pengambilan ubat sangat penting tau.
Setakat ni, SLE boleh dikawal .. so dont worry.
TAmbahan pula, pesakit SLE mempunyai sistem sel badan yang kurang berfungsi secara normal hingga mampu menjejaskan tahap kesihatan dan kehidupan mereka.
Ciri ciri antiradang yang ada dalam Vivix membantu mengurangkan tanda tanda atau gejala SLE. Selain itu, Vivix juga memperbaiki sel sel yang lemah dan rosak. Jadi, pesakit SLE yang meminum Vivix akan lebih rasa bertenaga.
At least, rawatan dari doktor dan pengambilan Vivix secara konsisten mampu mengawal tanda tanda SLE dengan lebih baik. Dan yang penting pesakit SLE harus tahu mengenai diri dan penyakit mereka sendiri supaya lebih mudah untuk mengawal diri dari terus rasa sakit serta mudah untuk merawat diri sendiri tanpa kerap berjumpa doktor.
-------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :
Sumber :
http://www.lupusmalaysia.org/bm/apakah-sle
http://www.sinarharian.com.my/rencana/masih-ada-sinar-buat-pesakit-sle-1.250088
http://www.lupus.org
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=636554
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.