7 CARA SIMPLE MENCEGAH DIA SEMANIS HONEY TANPA GUNAKAN DUIT YANG BANYAK
10:49 AMDi Malaysia, jumlah pesakit diabetes @ kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
Gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kita mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes ni. Oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan segera supaya penyakit diabetes ini tidak menjadi penyakit Nombor 1 negara buat selama lamanya.
7 CARA MUDAH UNTUK MENCEGAH DIABETES
● Membuat Latihan angkat berat
Risiko diserang diabetes dapat dikurangkan sebanyak 12 peratus apabila seseorang itu melakukan senaman berat khususnya untuk pembinaan otot badan.
Menurut petikan daripada Journal of Clinical Endorprinology And Metabolism, setiap 10 peratus penambahan jisim otot seseorang, penurunan kadar menghidap diabetes juga dapat dikurangkan.
Oleh itu, anda disarankan agar melakukan senaman berat , minimum 3 kali dalam seminggu dan melakukan senaman kardio seperti berjoging sekurang-kurangnya 2 atau 5 jam dalam seminggu.
● Tidur yang mencukupi
Credit : Google |
University of Chicago pernah membuat kajian bahawa orang yang tidur kurang daripada 6 jam sehari mungkin berpeluang menghidapi penyakit ini. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu tidur berkualiti.
●Elak stres
Stres yang kronik cukup merbahaya dan ia boleh menjadi punca berlakunya pelbagai penyakit temasuk diabetes. Apabila seseorang individu itu mengalami stres, hormon akan meningkatkan paras gula dalam darah.
Jadi, tariklah nafas sedalam-dalamnya dan buatlah sedikit meditasi dengan mendengar muzik yang anda suka bagi mengurangkan masalah tersebut.
●Tambah kandungan serat
Serat yang terkandung dalam sayur sayuran dan buah-buahan tidak cukup buat anda yang sedang mengamalkan diet seimbang. Anda juga boleh mengambil sedikit nasi putih dan juga beras perang sebagai serat tambahan.
Credit : Google |
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Archives of Internal Medicine, kandungan serat dalam beras perang mampu mengurangkan risiko diabetes sebanyak 11 peratus.
● Ambil menu yang kaya Omega-3
Kandungan Omega-3 boleh membantu dalam meningkatkan sensitiviti terhadap kandungan darah dalam badan agar ia mampu dikawal secara praktikal.
Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan menu yang mengandungi Omega-3 yang tinggi seperti ikan sardin, salmon dan tuna serta ambillah ia sekurang kurangnya 1 sajian dalam seminggu dalam hidangan seharian.
Credit : Google |
● Jangan lupa khasiat Vitamin D
Vitamin D sangat bermanfaat dalam mencegah diabetes. Menurut sebuah artikel daripada The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa seseorang yang cukup pengambilan Vitamin D dalam menu sehariannya adalah golongan yang mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit diabetes.
Anda Disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1.000 sehingga 2.000 IU makanan tambahan yang mengandungi Vitamin D. Paling mudah ialah dengan berjemur di bawah sinaran matahari pagi untuk mendapatkan manfaat Vitamin D yang lebih efektif.
● Rahsia rempah ratus
Rempah ratus seperti kayu manis juga boleh mengurangkan kadar kandungan gula dalam darah.
Seperti dalam artikel Journal of the American Board of Family Medicine mengatakan serbuk kayu manis mempunyai kandungan nutrisi yang dipanggil polyphenol, di mana ia dapat membantu meningkatkan insulin agar lebih efektif.
Credit : Google |
Seperti dalam artikel Journal of the American Board of Family Medicine mengatakan serbuk kayu manis mempunyai kandungan nutrisi yang dipanggil polyphenol, di mana ia dapat membantu meningkatkan insulin agar lebih efektif.
Sebagai alternatif, anda boleh mencuba Si Tonik Merah setiap pagi. Anda juga boleh taburkan sedikit serbuk kayu manis dalam menu sarapan yang mengandungi Si Tonik Merah dalam oat atau roti untuk memdapatkan khasiat yang lebih mengujakan.
Dari Artikel Majalah Remaja ( April 2013)
Dari Artikel Majalah Remaja ( April 2013)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi,sila hubungi :
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.