4 TIPS MERAWAT EKZEMA SUPAYA TIDAK BERPARUT TEBAL DAN HITAM SAMPAI RASA RENDAH DIRI
5:49 PM
Sesiapa yang ada ekzema memang akan mengalami kulit super super sensitif. Kegatalan akibat kulit kering tu tak payah nak cakaplah, hanya Allah dan penghidap ekzema je tahu.
Macam saya sendiri, ada ekzema ringan selepas berkahwin. Salah makan makanan tertentu je, tunggu la nasib lepas tu. Tumbuh bintik bintik merah yang gatal. Kalau garu, berparut hitam. Yang boleh saya buat, cuma sapu krim tanpa steroid je. Memang recommended pada kulit ekzema.
Cuma, lepas makin kenal ekzema sendiri, saya boleh rumuskan yang saya kurang antibodi dalam badan. Maksudnya nutrisi Vitamin C tu kurang untuk lawan penyakit. Sekarang, ekzema saya makin terkawal sebab dah celik ekzema dan keadaan dalaman sendiri.
Ekzema ni memang common word untuk penyakit kulit. Perkataan ni berasal dari perkataan Greek iaitu eczein yang membawa maksud to boil. Sebab tu ekzema ni boleh membawa kepada kegatalan pada penghidapnya, cuma bergantung kepada ekzema tersebut ringan, sederhana ataupun teruk.
Secara general, ekzema ni merupakan penyakit radang kulit yang menyebabkan kulit seakan kering, gatal, kemerah-merahan, berair, merekah, bersisik, mungkin akan ada luka, kulit menjadi tebal dan perubahan warna kulit yang menjadi gelap yang digelar hiperpigmentasi.
Ada juga ekzema yang seakan akan biji air dalam kulit menyebabkan kegatalan dan membawa kepada iritasi. Kalau picit biji air tu, memang akan rasa lega. Hahaha saya pernah kena di celah jari semasa zaman sekolah dulu. Memang best picit picit tapi nasib baik tak merebak pada bahagian lain kulit.
Terdapat 2 ciri yang nyata pada kulit ekzema :

APA ITU EKZEMA?

CIRI CIRI KULIT PENGHIDAP EKZEMA
Terdapat 2 ciri yang nyata pada kulit ekzema :
- kekurangan lapisan pelindung di mana kurangnya penghasilan lemak & minyak yang gagal untuk mengekalkan kelembapan kulit.
- sel sel juga ada jarak dan menyebabkan ia tak dapat nak kumpul air sebagai pelembap kulit. Seterusnya akan menyebabkan kelembapan yang sepatutnya untuk kulit tu,telah hilang dan dengan mudah membenarkan bakteria & bahan radikal bebas senang memasukinya.
TANDA-TANDA MASALAH EKZEMA
Pesakit biasanya akan mengalami rasa gatal dan kemerahan khususnya pada bahagian tertentu. Kulit pada kawasan yangg terlibat biasanya kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik.
Bagi pesakit yang mengalami ekzema yg kronik (lama), kulit mungkin bertukar menjadi warna coklat atau kehitaman. Bagi
ekzema tahap yg teruk, tanda- tanda luka, kesan daripada menggaru
mungkin akan kelihatan.
Sekiranya tercalar atau ada kesan luka, ekzema mudah mendapat jangkitan kuman di mana kulit akan kelihatan merah, bengkak, berair dan mungkin menghasilkan kuping.
Selain itu, bagi individu yg berkulit gelap, ekzema boleh menjejaskan pigmentasi, menjadikan kawasan yg terjejas kelihatan lebih cerah atau lebih gelap.

4 TIPS MERAWAT EKZEMA SUPAYA TIDAK BERPARUT TEBAL DAN HITAM
Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap keseriusan penyakit ekzema, antaranya :
Guna dan sapu losyen dan krim untuk melembapkan kulit. Krim pelembap biasanya digunakan selepas mandi untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan. Boleh juga guna pada bila bila masa semasa kulit terasa kering dan rengsa.
- Ubat tahan gatal (antihistamin)
- Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
- Pengambilan makanan kaya antioksidan
Makanan yang mempunyai ciri-ciri antioksidan mampu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan membantu menggalakkan penyembuhan kulit. Jadi, kalau ada ekzema tu, memang saya akan cuba tingkatkan pengambilan makanan antioksidan termasuklah Serbuk Biji Labu dan Tonik Merah yang kaya dengan antioksidan untuk kesihatan kulit. Sesiapa yang ada ekzema pun sangat digalakkan untuk mengambil makanan kaya antioksidan seperti yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E.
Contoh makanan yang kaya antioksidan terutamanya buah buahan bewarna ungu gelap atau gelap |
Penyakit ekzema biasanya datang berulang-ulang kali. Jadi, rawatan susulan dan memahami faktor pencetus ekzema sangat bagus supaya ekzema ni dapat dikawal sejak awal lagi. Sebelum serangan ekzema menjadi lebih teruk, persiapkanlah diri dalam mencegah ekzema dengan pelbagai rawatan moden dan tradisional mengikut tahap ekzema yang dihidapi.
Sumber :
http://www.webmd.boots.com/allergies/features/best-diet-for-allergies-and-hayfever
http://www.bidadari.my/10-rawatan-semulajadi-melegakan-eczema-dan-psoriasis/
----------------------------------------------------------------------------------
Sumber :
http://www.webmd.boots.com/allergies/features/best-diet-for-allergies-and-hayfever
http://www.bidadari.my/10-rawatan-semulajadi-melegakan-eczema-dan-psoriasis/
http://www.knowyourmedicine.gov.my/node/989
http://www.myhealth.gov.my/en/steroid-topikal-untuk-ekzema/
3 Pengomen
Terbaik vivix boleh bantu atasi ekzema.
ReplyDeleteSaya pun ada eczema pada tapak tangan. Saya perasan kalau tinggal vivix dan esp terasa kasar tangan..
ReplyDeleteterima kasih share ni. baru tahu sekarang macam mana cara nak rawat penyakit ni. Hihi
ReplyDeleteAssalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.