Suatu ketika dulu saya pun ada masalah jerawat yang agak teruk dan kemerah merahan. Cuma, masa tu belum pandai lagi nak menjaga kulit supaya tak ditumbuhi jerawat degil.
Tetapi pada zaman IT sekarang, pelbagai tips mudah boleh didapati untuk mengatasi masalah jerawat supaya tak rasa rendah diri.
Bagaimana jerawat ni muncul?
Jerawat akan muncul apabila pengeluaran minyak di kulit muka menggalakkan bakteria dan sel kulit mati hingga menyumbatkan liang roma kat kulit muka. So, kalau nak hilangkan masalah jerawat ni, memang kena ikut petua tertentu supaya kita dapat mengawal pengeluaran minyak di muka dan pertumbuhan jerawat.
Jom katakan tidak pada 6 perkara ni!
6 PETUA UNTUK ELAK KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT TERUK.
- Membersihkan muka terlalu kerap
Credit : Google |
Membersihkan muka dengan kerap sebenarnya boleh menyebabkan muka semakin berminyak dan makin berjerawat tau.. Melainkan anda mampu mengawal pengeluaran minyak di muka , jadi isu membasuh muka dengan kerap tak menjadi isu yang besar.
MAcam saya sendiri yang sememangnya mempunyai kulit berminyak ni, kerap juga membersihkan muka. Asal muka rasa berminyak dan tak selesa je, saya terus basuh muka. Cuma, pembersih muka tu haruslah sesuai dengan keadaan kulit kita yang berminyak la. Alhamdulillah, sekarang saya tiada isu muka terlalu berminyak.
- Menyental kulit dengan lulur dan skrub terlalu kerap
Credit : Google |
Apa kata anda buat sendiri lulur atau skrub sendiri? Lebih mudah dan jimat. Guna oatmel yang dikisar, madu dan olive oil sebagai lulur atau skrub muka.
- Tidak membersihkan peluh
- Picit jerawat
Masalahnya, bila anda dok picit picit jerawat tu dengan kuku, kuman akan mula merebak dan makin bertambahlah jerawat kat kulit muka. Lagi mengharukan bila banyak pula parut yang muncul akibat aktiviti memicit jerawat yang merata rata kat kulit muka.
- Makan makanan berminyak
Jadi, ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan resveratrol untuk kesihatan kulit terutamanya yang mempunyai masalah jerawat, kulit berminyak kering dan sebagainya.
Credit Google : Makan buah dan makanan di atas untuk dapatkan kulit yang bersih tanpa cela |
- Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Credit : Google |
Nak tips?
Ambil 7 makanan yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutamanya buat anda yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat teruk.
Anda juga boleh juga cuba mengambil minuman kaya antioksidan dan resveratrol yang membantu melambatkan penuaan kulit dan menghalang radikal bebas apetah lagi boleh juga membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat teruk.
Ia satu jaminan yang berbaloi tau kalau anda menginginkan kulit yang bersih tanpa cela dan minyak. Siapa yang tak nak muka bebas minyak dan berjerawat kan? Jadi, pilih produk kulit yang betul betul berkualiti untuk menjaga kecantikan kulit tu ! Jom amalkan petua di atas supaya kulit semakin cantik dan muda!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :
http://eh.com.my/artikel/pantang-larang-kulit-berminyak/
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.