SIHAT DENGAN VITAMIN C

6:24 PM



Siapa tak nak badan yang sihat,betul tak? Selain senaman dan disiplin dalam menjaga kalori makanan, supplemen jugak membantu untuk menambahkan nutrien nutrien yang hilang dari badan samada melalui masakan, urin, peluh dan sebagainya.

Salah satu supplemen yang baik untuk mencegah sebarang penyakit adalah VITAMIN C. Vitamin C atau asid Askorbik mudah didapati dalam pelbagai jenis buah buahan dan sayuran. 

Kebanyakan pendapat mengatakan sumber vitamin C yang banyak adalah dari buah oren. 

Sebenarnya, guava memiliki kandungan vitamin C yang lebih tinggi iaitu 183.5 mg vitamin c setengah hidangan iaitu melebihi tiga kali ganda jumlah vitamin C yang disarankan dalam sehari, 60 mg. 



Disebabkan mudah larut dalam air, tahap vitamin c akan berkurangan apabila disimpan dalam keadaan lembap atau basah bersama air atau dimasak dengan air yang banyak. Paling elok, buah buahan dan sayuran dimakan mentah untuk mengekalkan kesegaran kandungan vitamin C tersebut.



Vitamin ni amat diperlukan oleh badan dalam membantu membina kolagen, tisu tisu dalam badan, ligamen dan pembuluh darah. Paling penting, ia merupakan antioksida yang melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas inilah yang berperanan utama dalam penyakit kanser, sakit jantung dan arkitis. 

Kelebihan Vitamin C adalah dalam menghasilkan kolagen pada kulit, melindungi gigi dan tulang serta membaiki kerosakan pada badan, terutamanya jika seorang itu merokok.Seorang perokok akan menghadapi risiko rendah vitamin C yang boleh menghasilkan penyakit seperti strok, tekanan darah tinggi, dan penyakit kanser. 

Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular. 

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung. 

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi. 


Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. 



Selain daripada diet makanan, Vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri. 

Lambakan vitamin C dalam diet menghasilkan toksin yang membuatkan perut meragam dan kemungkinan diarrhea. Pun begitu, badan manusia direka untuk tidak menyimpan vitamin C dan kebarangkalian toksin disebabkan vitamin C yang berlebihan adalah tipis jika ambil pemakanan seimbang.

Jadi, pilihan Vitamin C mana yang korang akan pilih?




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::