CARA HILANGKAN PENAT DAN LETIH
9:01 PMAssalam...
Bila badan rasa penat dan letih di ofis,satu habuk pun tak dapat buat bila dah sampai rumah. Mana nak mengemas lagi..nak memasak..nak layan suami..nak jaga anak (kalau ada anak), nak berborak ngan mentua, nak update bisnes...
wah wahh wahh bunyi macam PM pulak sedangkan PM yang bz pun still bole manage masa dia..kan kan? Bajet macam CEO yang takde masa sedangkan diri sendiri hanya kerja makan gaji yang sepatutnya banyak masa untuk buat macam macam..
Ihsan dari Google |
Hakikatnya, badan tak sepenuhnya berehat sebelum kembali bekerja keesokan harinya.Betul x?
So, ada cara cara untuk cergaskan tubuh yang lesu,penat dan letih supaya lebih cergas di ofis keesokan hari . Antaranya :
- Setiap hari sebelum tidur , apa kata perah beberapa biji limau ke dalam air suam tanpa gula.Sure badan rasa selesa dan segar.Limau nipis, limau kasturi dan lemon memang sedap untuk bagi tubuh segar. Plus, bukan setakat segar je, tapi air limau mampu mengempiskan perut yang buncit..(pada sya limau nipis & lemon paling ummpp)
- Mandi air panas / suam mampu melancarkan aliran darah ke kepala dan mengurangkan keletihan badan dan sakit kepala. Lagi satu,rendam kaki dalam air suam bole bagi kaki relax dan mampu lembutkan tumit tumit yang pecah.
- Buat aktiviti atau senaman ringkas seperti mengemas atau membasuh baju kerana pengeluaran peluh dapat buatkan badan berfungsi dengan lebih baik.
- Minum teh hijau tanpa gula . Teh hijau mengandungi antioksida yang membantu menyegarkan tubuh dan badan.Selain tu, teh hijau juga mampu mengurangkan kadar gula dalam darah, meningkatkan metabolisme,radikal bebas, membantu proces pencernaan dan awet muda.
Ihsan dari Google |
- Urutan dari kepala hingga kaki mampu menyegarkan badan dan digalakkan untuk berurut sebulan 2x.Urutan mampu melancarkan peredaran darah dan menyegarkan tubuh badan yang penat.
So, marila kita sama sama praktikkan setakat yang mampu :)
-
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.