CARA SIHAT & CANTIK DI RUMAH
11:00 AMAssalam..
Nampaknya KL Book Fair dah stat minggu ni. Macam macam jenis buku dan bahan bacaan yang ada untuk kita pilih dan beli. Nak kurangkan stress nak ke PWTC tu senang je, apa kata korang naik pengangkutan awam? ERL, KTM, LRT kan ada..sape2 yang dekat dengan kemudahan ni memang beruntung ditambah pulak dengan kemudahan bas bas di persekitaran rumah. Bila dah shopping bagai dan berjalan ke hulu ke hilir, mesti kaki dan badan rasa penat kan?
Apa kata kat rumah kita cuba relaxkan diri? Yup, mungkin ada kalangan kita yang takde masa nak ke spa, atau tak penah pegi spa atau kekok nak pegi spa tanpa member...So, cara simple adalah buat sendiri di rumah!
Okey, memang betul spa ada pelbagai servis seperti manicure, pedicure, sauna, massage etc..Mungkin kita akan rasa lega bila diurut dan dibelai dengan tangan tangan cik adik di spa. Badan pun rasa segar, relax dan wangi. Betul kan?Ada cara simple untuk buat semua tu even tak sehebat spa spa di luar sana. At least bila buat sendiri kita dapat jimatkan masa, duit dan mengeratkan silaturrahim. (apa kaitan silaturrahim dgn buat sendiri?ehmmm buatla dengan suami tercinta.YANG HALAL je tau)
CARA SIHAT & CANTIK DI RUMAH
- Urut kepala dengan minyak aromaterapi
Haa..bab mengurut ni apa kata kita minta tolong khidmat suamii tercinta? Itupun kalo suami sporting la kan dan kebetulan dia free..dia bole belai kepala kita perlahan lahan sambil titiskan minyak aromaterapi. Paling elok yang ada Vitamin A dan E. Selalunya Lavender paling sesuai untuk dapatkan ketenangan dari urutan tu.Wangi pulak tu..tapi ikutla pada kesukaan masing masing.
Kelebihan :
* Melegakan kesakitan otot & ketidakselesaan
* Mengurangkan tekanan & keletihan
* Tingkatkan peredaran darah
- Rendaman kaki
Yes, yang ni sya paling suka..bila kita rendam je kaki dalam air suam + herba @ garam batu yang ada bau rose @ minyak aromaterapi, secara tak langsung kita dapat hilangkan bau kaki yang busuk, buang kulit kaki yang kasar, rekahan tumit dan juga sel sel mati..
Lepas tu, kikis (ada tak ayat lain untuk ganti kikis? huhu) tumit kaki dengan batu kikir yang khas untuk tumit merekah. Insyallah lama kelamaan akan hilang kesan rekahan tu disamping pakai losyen untuk lembutkan rekahan.
Lepas tu, kikis (ada tak ayat lain untuk ganti kikis? huhu) tumit kaki dengan batu kikir yang khas untuk tumit merekah. Insyallah lama kelamaan akan hilang kesan rekahan tu disamping pakai losyen untuk lembutkan rekahan.
Kelebihan :
* Lancarkan peredaran darah terutama di tapak kaki
* Singkirkan masalah bau kaki dan rekahan di tumit
* Lebih sihat dan segar
- Skrub badan
Bila dah berpeluh dan berlengas, apa kata kita singkirkan daki daki di badan akibat asap di persekitaran dengan melakukan bodu scrub? Kalo korang ni memang jenis yang pakai shower foam dan bath sponge, memang wangi semerbak la badan tu. Body scrub ni kita bole je buat sendiri itupun kalo bahannya ada.
Sya selalu gunakan campuran serbuk kopi kasar dengan minyak zaitun.Minyak zaitun ni melembapkan kulit tau.So, lepas buat scrub ni, badan rasa segar, dan komfem memang akan bau kopi melekat di badan.
Tapi, bergantung pada cara masing2 untuk buat scrub.Beli scrub sedia ada pun senang tapi macam kurang feel sikit.
Bila dah relax dan wangi, mesti happy kan? :)
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.