KITARAN HAID WANITA

9:00 AM

Assalam..

Kitaran haid yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan kekal sihat.Masalah kitaran haid yang tidak normal bukan semata mata  gangguan hormon sahaja tetapi juga disebabkan oleh faktor luaran yang lain.



Antara penyebab kitaran haid tidak normal :


  • Alergi 
Pengambilan ubat ubatan dan juga supplemen kemungkinan mengandungi bahan bahan yang merbahaya seperti steroid dan pengambilannya bole melumpuhkan sistem imun badan seseorang. Kesannya, kitaran haid akan jadi tidak teratur dan hormon pun mulala tak stabil. Tapi, pastikan pengambilan supplemen tu datangnya dari sumber semulajadi dan selamat.

  • Toksin
Terdedah kepasa persekitaran yang tak sihat serta makanan yang tak menyihatkan  mampu membahayakan kesihatan dalaaman kita..Asap kenderaan, asap kilang, habuk, air yang penuh klorin, makanan segera, dan sebagainya merupakan penyumbang terbesar toksik terkumpul dalam organ badan kita.

Yang penting, kita kena jaga pemakanan kita  supaya organ dalaman dapat berfungsi dengan baik.


Antara makanan yang bole membantu kitaran haid normal : 


  •  Coklat Gelap



Coklat gelap mengandungi 70% koko asli kerana mengandungi bahan flavanoids
yang bertindak sebagai estrogen. Ia membantu mengurangkan serpihan sel darah membeku semasa kitaran haid terjadi.Ia juga penting untuk menyeimbangkan perjalanan darah ke ovari serta memastikan kalenjar endokrin buat kerja dengan baik.

  • Protein


Pengambilan protein pada tubuh badan mampu menambah kesuburan dan kestabilan hormon wanita. Antara makanan yang kaya dengan sumber protein adalah kekacang, sardin, tuna dan sebagainya,


  • Omega 3 (Asid Lemak)


Pengambilan Omega 3 dalam pemakanan berfungsi melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kadar tekanan, meningkatkan sistem imun, merendahkan paras kolestrol dan sebagainya. Kepada mereka yang terdedah dengan risioko obesiti, perokok, dan yang ada kolestrol tinggi mampu merosakkan pembuluh darah kerana mengganggu perjalanan darah normal dan tumbesaran hormon.


  • Vitamin D




Pengambilan Vitamin D yang mencukupi dapat menyihatkan tubuh badan kerana ia berfungsi dalam meningkatkan sistem sel sel badan sekaligus menstabilkan hormon. Ia juga penting untuk mengurangkan risiko terkena kanser seperti payudara, usus, ovari dan prostat. Paling senang nak dapat Vitamin D adalah melalui pancaran matahari antara pukul 8-10 pagi. Ia juga membantu kitaran hormon dan sel pada kulit.



You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::