CARA SALAH BILA BERSENAM
8:29 AMAssalam..
Salah satu cara nak bagi badan fit dan sihat adalah dengan bersenam. Bersenam juga mampu mengurangkan berat badan mahupun sebagai cara untuk kita menguruskan badan.
Ada orang bersenam di taman, trek yang disediakan,turun naik tangga, hoola hoop dan lain lain lagi. Yang penting, bersenam yang melibatkan anggota badan dan dapat mengeluarkan peluh.Baru badan lebih segar. betul tak? Kalo sya, sya suka turun naik tangga sebab itu je yang sempat nak buat.Kalo rajin, baru sya buat hoola hoop. :)Tapi, bila bab bersenam je, ramai dari kita yang buat silap. Nak tau?
● perut kosong
Betul ke bila perut kosong senang nak bakar kalori selepas bersenam? Malangnya, itu andaian semata semata tau.
Sebabnya, semasa proses pembakaran lemak, badan kita memerlukan karbohidrat.Kalo takde karbohidrat, otot kita akan bekerja sendiri untuk semasa proses tu dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada otot. Bila jadi je macam ni, korang boleh mengalami kekejangan dan boleh pengsan.
● Tak buat warm up
Warm up ni penting sangat sangat sebelum bersenam bagi mengelakkan kecederaan pada otot kita. Takdela otot tu 'terkejut' bila kita nak buat aktiviti. At least, kita bole buat warm up dalam 5 minit untuk bagi otot kita longgar dulu. Mula-mula, kita buat pengawalan pernafasan diikuti dengan gerakan ringan dan seterusnya dari atas ke bawah.
● tak konsisten
Senaman secara konsisten sebenarnya mampu membentukkan badan yang kita nak. Bukan saje bersenam malah kita kene juga mengawal pemakanan untuk mengurangkan berat. At least kita kena ada waktu yang specifik dan rutin untuk kita bersenam.
● tidak jaga pemakanan
Penat penat kita berdiet dan bersenam tapi kalo tak kawal apa yang dimakan memang bole merosakkan impian kita untuk mengurangkan berat badan. Senaman yang kita buat mampu untuk membantu proses pembakaran lemak dengan menjadikan makanan yang kita ambil sebagai tenaga.
Jika kita makan banyak dan melebihi senaman yang kita buat, sistem metabolisme badan tak mampu nak membakar lemak dengan baik.Yang penting, makan bila perlu dan jumlah yang ditetapkan melalui saiz hidangan.
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.