TIPS TAHAN NAFSU MAKAN YANG MENGGILA!

9:00 AM

Aku tengah nak berusaha diet ni..Kenapa susah sangat nak kawal nafsu makan yea?Tapi....nak turunkan berat!!!berat dah naikkk!! Nyummnyummm..Semua makanan nampak sedappp....sobbsss sobbbsss.

Dietku Hancur!!!

Korang antara yang fikir macam situasi di atas? Mesti terfikir kan kenapa la susah sangat nak turunkan berat walaupun dah macam macam cara dah dibuat  antaranya bersenam tapi Salah Cara Dalam Bersenam .

So, ada beberapa tips untuk kita kawal nafsu makan supaya dapat turunkan berat badan mahupun nak dapatkan berat yang ideal.



Tanya pada diri


kenapa kita nak makan.Kadang kadang kita ni suka mengunyah walaupun tak lapar.Selalunya bila bab mengunyah ni mesti terfikir nak makan keropok atau kekacang. Yela, mestila best kan kalo mengunyah masa tengok tv, membaca novel, masa tengah bosan atau masa tengah bekerja.Betol kan?? Ataupun kan kita terlibat dengan reaksi fisiologi seperti terbau makanan yang sedap, ternampak makanan kegemaran dan macam macam lagi.


Makan makanan yang mengenyangkan  


Ia bantu kita makan dalam kuantiti yang sikit ataupun mencukupi dengan keperluan kita. Contonhya, Kajian dari British Journal Of Nutrition mendapati kalo kita ambil sarapan dengan protein, lemak dan karbohidrat yang lengkap, kita akan cepat kenyang dan rasa perut akan penuh. So, dari situ kita akan lunch dan dinner dengan ambil kuantiti makanan yang sikit je.Antata makanan yang mengenyangkan seperti ubi kentang, anggur, bertih jagung,buah, yogurt, susu soya atau roti.

Makan setiap 4 jam sekali


Bila kita makan secara konsisten dalam setiap 4 jam, ia bole membantu untuk menjaga gula dalam darah kita dan memberikan tenaga yang mencukupi. 
So, dari situ la kita akan kurang nafsu makan yang over tu. Yang pasti, kita kene pandai pilih dan atur menu mana yang kita nak makan. Antaranya, sayur, buah atau kekacang yang banyak mengandungi serat atau air.


Lilin Wangi. 


Sapa kata lilin wangi atau minyak aromaterapi tak mampu membantutkan nafsu makan?Pilih aroma lilin yang kita suka masa nak makan. Bau wangi lilin tu akan membuatkan kita cepat je nak berhenti makan. Yela, alih alih nak bau makanan tapi hasilnya terbau minyak aromaterapi pulak.Hilang la kot mood.


Ambil serat


Bila kita ambil makaannan yang mengandungi serat, kita akan lebih cepat kenyang dan akan bertahan lebih lama daripada rasa lapar. Badan akan ambil masa yang lama untuk memproses makanan dan ini akan menyebabkan kita kenyang sentiasa. Ambil makanan berserat setiap hari juga dapat mengurangkan risiki diabetes dan penyakit jantung ( Journal of American Dietitic Association). Jumlah serat yang diperlukan setiap hari hanyalah 25 gram dan bole diambil melalui buah buahan  Klik Sini Contoh Buah ataupun sayur sayuran.


Nak kenyang dalam tempoh yang lama tapi nak kurangkan berat ? Dah taknak makan makanan yang tak berkhasiat?

Cubalah langkah di atas! :)





You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::