PUNCA DIET HANCUR HINGGA SUSAH NAK KURUS

9:00 PM

Assalam..

Setiap individu ada perbezaan sistem metabolisme. Ada yang tinggi metabolisme sampaikan apa yang dimakan tak efek apa apa apa pada berat badan. Ada pulak yang rendah metabolisme sampaikan bole naik berat badan dalam masa beberapa bulan je.

Jadi apa yang kita makan memang mempengaruhi diet kita dalam usaha nak menurunkan berat ataupun untuk.mendapatkan tubuh badan yang ideal.

So, mungkin kita boleh kurangkan kuantiti makanan seperti di bawah untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang dan sihat.





Soft drinks / minuman bikarbonat

Kebanyakan soft drink mengandungi kafein dan gula yang tinggi. Bila selalu minum bole menyebabkan ketagihan pada minuman ni.Kandungan gula yang tinggi bole menyebabkan diabetes kalo tak terkawal.

Pastikan pengambilan air dan jus buahan ada setiap masa jika kita memerlukan minuman manis.

Produk tepung

Produk tepung 'bleached' merupakan tepung tang diperkaya dan sah sah memang hilang khasiat yang penting. Sebaiknya, pilih tepung yang tiada benzoyl peroxide atapun beli roti gandum penuh serta pasta.

Makanan dalam tin

Selalunya makanan dalam tin memang banyak ditambah perasa untuk menyedapkan lagi rasanya.

Roti, kek, manisan

Periksa label makanan sebelum membeli makanan seperti ni.Kebanyakan makanan ni menagandungi tepung diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

Kafein

Sesetengah penggemar kafein  seperti kopi selalunya mengandungi krimer, gula dan perasa lain..jika korang memang ketagih, better ambil kopi o kosong dan hanya tambahkan sedikit susu, krimer mengikut keperluan sendiri. Yang penting, elakkan ambil kopo 3 in 1 sebab kandungan gula yang memang tinggi.

Makanan segera

Makanan segera memang sedap dimakan macam nugget, burger, french fries, aiskrim etc . Kebanyakan makanan bergoreng tak mempunyai Vitamin atau mineral yang diperlukan oleh badan.So, kalo nak ambil pun kene hadkan pengambilan dalam sebulan hanya sekali dua jee.


Yang pasti, pengambilan makanan berkhasiat dan senaman mampu membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ynag penting, DISIPLIN.




***sumber : DARA Nov 2011




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::