CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

4:51 PM

Kadang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur.

Alah, sakit perut biasa je kan.

Tapi, kalau anda sememangnya ada apendiks tanpa dikesan awal,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba.

Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan.
TANDA TANDA RADANG APENDIKS

Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen.
Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga.
Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam dan sakit yang teruk. Dan jangkitan akibat apendiks yang pecah akan merebak ke bahagian organ lain seperti ovari.
Bahaya kan?
PUNCA RADANG APENDIKS

Saya ada terbaca yang punca apendiks ni kurang jelas. Cuma, mungkin ia disebabkan oleh sisa makanan atau najis tersumbat dalam rongga usus dan apendiks. Kan apendiks tu berada dekat usus besar...

Selain itu, radang apendiks juga mungkin terjadi disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem pencernaan.

Bila keadaan ini terjadi, apendiks akan mengalami keradangan dan bernanah. Jika anda melambat lambatkan rawatan, kemungkinan besar apendiks boleh pecah tau..

APA TERJADI BILA MENGALAMI RADANG APENDIKS DAN PECAH?

Apendiks anda pecah?

Mestilah akan menyebabkan jangkitan pada bahagian abdomen.LAma kelamaan, anda akan mengalami kembung perut akibat penuh dengan gas dan cecair. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa, tegang dan sakit bila disentuh pada bahagian abdomen.

Selain itu, anda juga tak mampu nak buang angin dan membuang air besar disebabkan keradangan tu. Dalam masa yang sama juga anda akan demam, dahaga dan mempunyai air kencing yang sedikit.

CARA MERAWAT RADANG APENDIKS SUPAYA JANGKITAN TAK MEREBAK HINGGA KE OVARI

Terdapat dua cara untuk merawat radang apendiks.

Samada melalui pembedahan ataupun mengambil ubat antibiotik.

KAlau diikutkan, pembedahan Appendectomy ( membuang apendiks) memang langkah terbaik untuk merawat radang apendiks. Appendectomy ni hanya melibatkan torehan kecil pada abdomen asalkan apendiks tu belum pecah lagi.

JIka apendiks dah pecah, Appendectomy akan melibatkan torehan yang lebih besar bagi membersihkan bahagian yang sudah dijangkiti dalam abdomen. Antibiotik akan diberikan dalam salur darah untuk proses pemulihan.

Melalui pemberian antibiotik, doktor akan mengawasi dahulu keadaan pesakit radang apendiks. Antibiotik diberikan untuk mengurangkan keradangan dan jangkitan pada bahagian sekitar apendiks yang bernnah dan bengkak.

Antibiotik ni akan menyebabkan bengkak apendiks surut  dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.

Pemberian antibiotik akan menyebabkan proses pembedahan Appendectomy ditangguhkan buat sementara waktu sebelum ianya berjalan beberapa bulan selepas tu.

Pada masa inilah, anda boleh mencuba untuk mengambil Vitamin Shaklee supaya keradangan apendiks tu dapat dikurangkan dan seterusnya jangkitan tu tak merebak pada bahagian organ yang lain.

Kos rawatan apendiks pun mahal tau, maybe dalam RM 4000-RM6000 bergantung pada rawatan yang diberikan oleh doktor pakar.

Macam kes penyanyi Alyah dulu. MAsalah apendiks pecah menyebabkan telur ovari beliau menerima jangkitan. Seram tau..Dua kali pembedahan akibat masalah apendiks terpaksa beliau tanggung. Pembedahan pertama beliau hanya melibatkan pembuangan apendiks dan pembedahan kedua pula melibatkan pembersihan jangkitan pada bahagian ovari beliau.

Sanggup?

www.bysyiraishak.blogspot.com
Antara cadangan vitamin untuk pesakit apendiks samada yang mengalami radang atau selepas pembedahan Appendictomy, vitamin vitamin ni sesuai untuk anda :

ESP : Membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang. Sesuai diminum untuk pesakit yang baru dibedah

Vitamin C : Meningkatkan sistem imunasi badan dan melawan jangkitan kuman.  

Garlic Complex : Antibiotik semulajadi.
 
Lecithin : Untuk  memecahkan lemak  .

Zinc Complex : Menguatkan sistem imunasi dan penyembuhan luka dengan cepat.


Pemilihan makanan yang sihat sangat membantu untuk mengelakkan masalah radang apendiks kerana apendiks ni sangat berkait rapat dengan usus besar. Selain itu, jangan biarkan masalah sakit perut yang berlarutan tanpa rawatan awal tau.Kemungkinan besar ia juga merupakan masalah radang apendiks. 

Elakkan juga untuk mengurut kawasan abdomen yang sakit kerana ia boleh menyebabkan apendiks yang membengkak tersebut akan pecah.

 
-----------------------------------------------



-----------------------------------------------















Sumber/rujukan :
MW Mei 2014
http://www.hmetro.com.my/node/38789
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130922/kn_04/Rawatan-awal-halang-derita-apendiks
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121125/kn_02/Rawat-segera-apendiks
http://www.everydayhealth.com/appendicitis/guide/symptoms/abdominal-pain/
http://patient.info/health/appendicitis-leaflet
http://www.healthline.com/health/digestive-health/appendicitis-emergency-symptoms#Overview1
http://www.health.com/health/gallery/0,,20552994,00.html
http://www.natural-homeremedies.com/early-symptoms-of-appendicitis/
http://www.natural-homeremedies.org/homeremedies-appendicitis.htm
http://www.findhomeremedy.com/herbal-remedies-for-appendicitis/
http://www.stylecraze.com/articles/effective-home-remedies-for-appendicitis/
http://www.diyhealthremedy.com/diy-remedies-for-appendicitis-pain-relief/
http://www.top10homeremedies.com/home-remedies/home-remedies-for-appendicitis.html




 

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::