CARA CEPATKAN METABOLISME BADAN UNTUK KURUS
9:00 PM
Kadar metabolisme badan bergantung kepada beberapa faktor..Bukan semua orang sama kan.Ada yang cepat dan ada yang lambat. Sesiapa yang ada metabolisme tinggi memang sangat beruntung, susah nak naik berat badan. Tapi kalo tak jaga makan pun, bole jugak naik, atau kadar kolestrol dalam badan meningkat.
Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila bersenam, malah semasa tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh kita. (Kevin Zahri)
Secara umumnya, lelaki lebih mudah untuk bakar kalori berbanding wanita berdasar otot mereka yang lebih besar. Dan golongan muda lebih mudah membakar kalori berbanding yang tua.
Nak tau cara cepatkan metabolisme badan?
CARA CEPATKAN METABOLISME BADAN
Dari Pak Google |
BINA OTOT
Dari Pak Google |
Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori walaupun mungkin masa tu kita tengah berehat. Kadar metabolisme menjadi lebih tinggi bila kita ada otot yang lebih besar. Bila kita buat aktiviti angkat berat, otot akan bekerja lebih keras dan akan menambah kadar metabolisme ketika kita sedang bersantai. Yang ni merupakan salah satu cara berkesan utnuk cepatkan metabolisme badan. Hal ini kerana 1 paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori (credit Kevin Zahri).. Ala senang citer angkat je pemberat yang ringan ringan kan.
BANYAKKAN MINUM AIR
Ihsan dari Pak Google |
MAKAN DENGAN KERAP TAPI BUKAN BANYAK
Makan dengan lebih kerap mampu meningkatkan dan mempercepatkan kadar metabolisme badan. Pastikan kita ambil dalam kuantiti yang minumum jek. Sebaiknya dalam 4 jam sekali kita makan tapi pastikan snek yang berfiber dan protein.
MAKANAN PEDAS!
Ihsan dari pak Google |
Makanan pedas dan bercili mempunyai bahan kimia yang mampu kasi 'kick' metabolisme pada kadar yang lebih tinggi.Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita makan (credit to Kevin Zahri)
BANYAKKAN PROTEIN
Ihsan dari Pak Google |
MINUM KOPI HITAM
Ihsan dari Pak Google |
MINUM TEH HIJAU
Ihsan dari Pak Google |
Bila kita minum 2-4 cawah teh hijau dalam sehari, kita dapat membakar kalori sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Tapi pastikan teh hijau tu kurang gula ataupun 0 gula. Lagi satu, teh hijau mengandungi polifenol yang mampu meningkatkan kadar metabolisme badan.
ELAK DIET YANG MELAMPAU
Ihsan dari Pak Google |
TIDUR YANG CUKUP
Ihsan dari Pak Google |
Menurut Kevin Zahri dalam blognya, tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam sehari setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme badan yang sihat. Kekurangan tido bole menggangu kemmapuan tubuh untuk membakar kalori dengan cepat. Yang pastinya, tidur dengan waktu yang konsisten dan bangun pun pada waktu yang konsisten setiap hari.
JANGAN STRESS! (KEvin Zahri)
Ihsan dari Pak Google |
Stress mampu meningkatkan jumlah kartisol atau hormon yang memberitahu badan
untuk menyimpan lemak sebagai persediaan dalam situasi yang stress. Aktiviti senaman
ringkas adalah contoh terbaik untuk mengurangkan tekanan yang kita alami.
CAHAYA MATAHARI (Kevin Zahri)
Ihsan dari Pak Google |
Cahaya matahari baik
untuk kesihatan dan metabolisme kita. Kajian menunjukkan
bahawa menghabiskan
masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap
mempunyai kesan
fisiologi yang sama maca kita tidur atau tambahkan berat
badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Rest kejap dari kerja pejabat atau keluarlah dari rumah dan
berjalan kat luar. Selain
daripada mendapatkan sedikit sinar matahari kita juga
akan menaikkan kadar jantung
dan dapat menghirup udara yang segar.
Menurut Kevin Zahri, ada kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium dalam badan bole mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita bergantung pada lemak yang sebenarnya bole dibakar. Kita juga bole mendapat sumber kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon,taufu dan oat.
VITAMIN C UNTUK CERGAS
Vitamin C untuk kulit, imunisasi badan, dan banyak lagi
Dari Laman web Kevin Zahri, beliau menyatakan bahawa Suplemen Vitamin C atau Sumber Yang Mengandungi Vitamin Cjuga penting untuk badan kita. Vitamin C dan Kalsium merupakan kombinasi yang baik dalam meningkatkan metabolisme badan. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala Vitamin C membantu tubuh untuk menyerap mineral tersebut.
Selain tu, jangan lupa pemakanan juga kita kene jaga. Ada orang yang main belasah je makan Abesla kan berat pun naik. Itu juga yang bole menyebabkan Diet KITA Hancur kebaboommm huhu...
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.