SIHAT DENGAN MAKAN BUAH?

9:00 AM

Korang suka makan buah buahan? Buah tempatan atau ala2 henggeris (Inggeris)? Depends tok selera masing masing la kan.. Kalau sya, sya kurang suka buah tempatan sebab rasanya yang manis tu. Mau kencing manis pulak aku kan tapi ada juga buah tempatan yang sya suka gilerr...huuhu

Tapi kalo kita ambil dalam kuantiti yang terkawal, insyallah buah apa pun kita makan, memang takkan memudaratkan kesihatan kita.

Jum kita usha buah buahan yang hot dan elok untuk kesihatan....



BUAH NANAS

KURUS DENGAN NANAS??

Buah nanas mengandungi Vitamin A, B1 dan bromelin serta asid nitik yang bertindak untuk MENGHAPUSKAN LEMAK dalam badan. Best kan? Ni kiranya kurus secara natural tau..

Bole dimakan begitu sahaja atau dibuat jus untuk :

* mencuci usus

* melawaskan pembuangan air kecil
* merangsang penghadaman
* menghilangkan sakit kerongkong
* sesiapa yang ada masalah hati dan demam kuning.
* untuk penyakit paru paru (air nanas muda)
* membunuh cacing dalam perut ( air nanas muda)


BUAH EPAL HIJAU

Epal hijau yang masam tapi sedap! 

Epal hijau mampu mengurangkan kolestrol dalam badan. Ada kajian menunjukkan epal hijau ni ada elemen phytonutrient yang bole melambatkan pengoksidaan kolestrol yang tak baik. SESUAI UNTUK DIET!


Epal hijau mengandungi mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, sodium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut.


Khasiat :


Pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah

• Mengurangkan risiko penyakit jantung. 
• Membantu kesihatan membran paru-paru. 
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. 
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. 
• Membantu mengekalkan berat badan. 
• Mengurangkan tekanan penyakit asma. 
• Mengurangkan risiko barah.


Ada masalah sembelit @ penghadaman??


Apa kata kisar epal hijau + saleri = minum setiap pagi sebelum sarapan. Mampu membersihkan usus serta buang toksin

Nak segarkan muka? Potong & rendam epal hijau dalam air batu selama 5 minit. Letak kat muka & biar 15 minit.



BUAH OREN


Buah yang kaya dengan Vitamin C  ( KLIK SINI untuk info lain tentang Vitamin C) yang mampu memelihara kesihatan sel sel tubuh. Juga Sangat baik untuk tulang & otak. Bantu tingkatkan antibodi dalam badan.


Tapi sebenarnya kulit buah oren yang berkaler putih lebih banyak Vitamin C daripada isi.



STRAWBERRY


Mengandungi Vitamin K, mangan, Asid Folid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, Magnesium dan Omega 3.


* Kaya dengan Vitamin C

* mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas

Nak lagi sedap? makan strawberry dengan chocolate syrup  Hersye's...Perghhh macam feefeling siti ngan dato k nanti huhuh



BUAH KIWI


Kaya dengan phytonutrients.


* mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti aspirin

* Elakkan masalah sistem pernafasan  seperti pernafasan pendek, dan batuk malaam untuk kanak kanak.


BUAH ANGGUR


Mengandungi kandungi Vitamin C yang tinggi.Tahap antioksida dapat diperbaiki.


BUAH TEMBIKAI


mempunyai kadar kalori yang rendah.Mengandungi kalsium, karbohidrat, lemak,zat besi, magnesium,fosforus,potasium, protein, sodium dan gula. 


Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang.


Ia juga dapat meredakan simptom osteoartris dan antioksida yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Selain tu, tembikai juga dapat mengatasi masalah penglihatan tak jelas pada waktu malam.




Yang pasti, nak makan buah tu haruslah seimbang dengan keperluan yang diambil supaya tidak berlebihan.



You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::