TOP 5 MAKANAN SIHAT DI KEDAI MAMAK
9:00 PMAssalam...
Ada tak yang tak suka makan di restoran mamak? Rasanya kebanyakan orang memang suka lepak sambil makan di kedai mamak kan?Pastu lagi best pekena teh tarik sambil tengok bola pumpampumpam...pssttt ni memang keje kebanyakan lelaki.
Tapi masalahnya, bila lepak kat kedai mamak ni, ada ke makanan berkhasiat selain dari yang tinggi kalori macam teh tarik, roti canai bla bla blaaaa.... ada ke??ada ke???
Macam tak caye je kan...
Apa kata tukar rutin dari teh tarik manis kepada TEH TARIK KURANG MANIS satu!!!! Haaa sape sape yang memang dah addict dengan manis, sah sah akan kata NOOOO pada teh tarik kurang manis. Cuba dulu , baru tau. Ataupun, korang cuba minum air masak dengan banyak selepas minum teh tarik.
At least, bole imbangkan kemanisan yang korang dah minum tu. Nanti bila dah sebati dengan badan dan terkena kencing manis, sape susah???
Nyumm nyummm antara makanan yang mesti ada di kedai mamak is AYAM TANDOORI..perghh makan dengan roti naan, alangkah nikmatnya.Tapi, makanla yang kat bahagian dada sebab kalorinya hanya dalam lingkungan 220 kalori. Lagipun ayam kan protein yang senang nak dapat.. Sedap pulak tu.
Selain tu, antara makanan yang sihat di kedai mamak adalah CAPATI!yeahh capati ni boleh digantikan dengan roti canai yang tinggi kalori dan berminyak.Lagipun, capati digoreng tanpa minyak yang banyak atau tanpa minyak. Kalori dalam roti canai dalam 300 berbanding dengan capati dalam lingkungan 190 kalori. Mana lebih sihat?? Bole makan banyak pulak tu...
Ada tak mamak yang tak pandai buat NASI KANDAR?? Susah nak carik nasik kandar yang kawkaw punya dan menepati anak tekak. Korang mesti tau kan kat mana...Jika kita ambil portion yang betul untuk nasi kandar, mungkin hanya 400-500 kalori je dalam 1 hidangan. Sesekali apa salahnya kan? Lagipun rempah rempah yang digunakan untuk kuah nasi kandar tu antara herba yang panas dan bagus untuk pembakaran lemak walaupun sedikit.
Last but not least TELUR REBUS atau TELUR SEPARUH MASAK! Ingat kat mamak tak bole diet ke? Cer ambil 2- 3 biji telur dimakan dengan 2 keping roti, itupun dah memadai kan?
Kesimpulannya, kita bole je diet even lepak kat kedai mamak.Tapi mampu ke korang?
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.