5 CARA MUDAH DAN BERKESAN MENGHILANGKAN SENGGUGUT SEBELUM JATUH TERGULING

8:30 AM

Masalah senggugut memang dialami oleh kebanyakan wanita semasa kedatangan haid. Bila senggugut datang menyerang, sememangnya akan mengakibatkan kita mudah rasa tak selesa, terasa sakit di bahagian pinggang dan menjadi salah satu sebab wanita mudah mengambil MC sewaktu masalah senggugut datang.


www.bysyiraishak.blogspot.com

Ada 5 cara mudah untuk mengelakkan kesakitan senggugut ni menyerang hingga buat kita tak senang duduk!

5 CARA MENGHILANGKAN SENGGUGUT SEBELUM JATUH TERGULING

  • Diet yang seimbang : Jika korang kerap terkena sengugut, mungkin boleh ubah pola pemakanan seharian. Antaranya : Mengambil makanan tinggi kalsium dan kaya zat besi 2 mingu sebelum kedatangan haid hingga haid tiba, jangan skip waktu makan utama, kawal pengambilan gula, kurangkan pengambilan kafein, kurangkan pengambilan garam, dan mengambil  supplement yang kaya dengan kalsium dan vitamin B.
  • Bersenam secara konsisten walaupun sekejap.
  • Menguruskan tekanan dengan cara yang baik mengikut kesukaan seperti berkebun, window shopping, berjalan kaki dan sebagainya
  • Mengurut perlahan di kawasan yang sakit dengan minyak. Rasa sakit akan beransur hilang jika kita sapu dengan minyak urut yang panas atau tuam dengan air suam atau panas untuk mengelakkan kekejangan perut atau sakit pinggang.


Sampai bila nak hadap painkiller bila menghadapi senggugut kan? Selagi ada cara alternatif, kita digalakkan untuk cuba selagi tak memudaratkan diri.


.
.
.
.

Sumber :
http://old.intrend.com.my/index.php/kecantikan/968-atasi-senggugut
http://www.al-islamhospital.com.my/weblama/index.php?option=com_content&view=article&id=92:sakit-bila-datang-bulan&catid=10:koleksi-artikel&Itemid=15


www.bysyiraishak.blogspot.com
.
.
.
.



You Might Also Like

4 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::