9 MAKANAN UNTUK ATASI TEKANAN DARAH RENDAH SUPAYA TAK PENGSAN KE TANAH

8:30 AM

Tekanan Darah Rendah : Makanan Yang Sesuai Untuk Mengembalikan Tekanan Darah Normal


Segelintir dari kita sering mengabaikan simptom tekanan darah rendah seperti mengantuk, pening kepala,pandangan kabur, pitam, cepat dahaga dan sebagainya. Padahal jika kita biarkan tanpa rawatan susulan, ia boleh mengancam nyawa! Seram kan?



Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit seperti di atas mula timbul. Apa punca tekanan darah rendah ni? 


Selain dari pemeriksaan tekanan darah di rumah atau klinik, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang dapat mengembalikan tekanan darah menjadi normal.


MAKANAN UNTUK TEKANAN DARAH RENDAH






Antara makanan yang membantu tekanan darah menjadi normal adalah :


  • Sayur-sayuran : sawi, kangkung dan bayam untuk menambah darah
  • Buah-buahan : anggur, kurma, limau, avokado, ceri, lemon dan sebagainya
  • Makan sumber kekacang bagi meningkatkan tekanan darah : kacang hijau,kacang merah dan kacang buncis
  • MAkan makanan yang mengandungi kadar garam yang mencukupi
  • Pengambilan daging seperti ayam, kambing dan hati
  • Roti, oat dan bijirin yang mengandungi zat besi
  • Amalkan pengambilan air putih antara 8-10 gelas setiap hari
  • Pengambilan kafein seperti kopi dapat meningkatkan degupan jantung seterusnya dapat membantu mengepam darah yang mencukupi.

Cara mengelakkan tekanan darah turun? <<< Cuba tips ni!

Pada pendapat saya, kita perlu wajibkan diri menjaga pemakanan sejak awal lagi sebelum sebarang penyakit mula singgah. Jika dah terkena tekanan darah rendah, apa yang boleh dibuat adalah buat pemeriksaan kesihatan sekerap boleh, bersenam, menjaga pemakanan dan mengamalkan diet yang sihat. Atau mungkin kekurangan nutrisi dalam badan?

Dah terhantuk baru nak tergadah?

.


Rujukan:
MW Julai 2013
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140624/kn_01/Tekanan-darah-rendah

www.bysyiraishak.blogspot.com






You Might Also Like

0 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::