MOTHER-TO-BE : HAMIL KALI PERTAMA TAPI KELIRU DENGAN TANDA-TANDA KEHAMILAN

8:30 AM


Alhamdulillah! Itu sahaja perkataan yang mampu diucapkan bila mendapat tahu mengenai kehamilan ini.

Rezeki dari Allah. 


Ihsan Google


Buat yang pertama kali hamil, semestinya teruja jika mendapat khabar gembira ini.

Yelah, sekian lama menunggu (6 bulan pun dah rasa lama) baru dikhabarkan mengenai kehamilan pertama.

Siapa yang tak rasa macam nak meloncat-loncat dan tak sabar nak menelefon keluarga kan?

Tapi, buat yang pertama kali hamil, akan keliru dengan tanda-tanda kehamilan.


Tanda yang jelas adalah kita dah lama tak datang haid. Selain itu, ada lagi beberapa tanda yang menunjukkan kita berkemungkinan hamil.


TANDA TANDA KEHAMILAN


LOYA DAN MUNTAH

Ihsan Google

Perkara ni biasa dialami oleh wanita hamil. Sesetengah dari mereka akan mulai rasa morning sickness seperti loya,muntah,dan hilang selera makan pada waktu pagi dan adakalanya berlanjutan sepanjang hari.Biasanya morning sickness ni terjadi pada awal kehamilan yang mungkin memakan masa beberapa minggu atau bulan.


CEPAT LETIH DAN KURANG BERTENAGA

Sering rasa letih hingga adakalanya mengganggu aktiviti seharian. Ada masa nak buat semua kerja pun rasa malas dan letih teramat sangat. Tak pernah nak tidur waktu petang, tapi mata pula macam diminta-minta untuk tidur. Ada tak terjadi?

Ia dikaitkan dengan perubahan hormon progestron dalam badan kita. Progestron ni diperlukan untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan di samping memberi kesan pada metabolisme kita yang berubah menjadi lebih perlahan dari biasa.

Tapi, jangan risau. Ibu akan rasa lebih bertenaga ketika kehamilan memasuki trimester kedua dimana waktu tersebut plasenta sudah mula berkembang dan stabil.

Selain itu, keletihan semasa hamil juga terjadi disebabkan oleh anemia di mana kita kekurangan zat besi di dalam badan. Jadi, kita digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengelakkan anemia semasa mengandung.


BERASA KEMBUNG PERUT

Wanita hamil akan berasa kembung perut sepertimana bila kembung semasa datang haid.


PAYUDARA LEBIH SENSITIF DAN MENGEMBANG

Selalunya payudara semasa mengandung lebih lembut,bengkak,gatal,sakit dan sensitif apabila disentuh. Puting payudara juga berubah menjadi lebih gelap dari biasa dan urat-urat di payudara mulai kelihatan.


KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Ada tanda sebegini?Ini perkara biasa yang akan kita alami semasa mengandung. Jangan pelik pula!Hal ini terjadi kerana terdapat peningkatan paras cecair di dalam badan semasa mengandung. 

Rahim yang mengembang juga akan menyebabkan pundi kencing lebih sensitif dan ibu hamil akan kerap membuang air kecil pada awal kehamilan.


NAFSU MAKAN YANG TINGGI

Ini boleh dikategorikan sebagai mengidam makanan secara tiba-tiba. Rasanya kebanyakan ibu hamil akan mengalami situasi sebegini. Kemungkinan sesuatu yang kita suka makan akan menjadi sebaliknya semasa hamil. Boleh jadi juga kan?

Mak Sya tak mengidam sebarang makanan pun semasa mengandungkan kami adik beradik. Alhamdulillah. Harap-harap Sya pun tak mengidam makanan pelik-pelik atau makanan yang bukan favourite.


PERUT KEJANG ATAU CRAMP

Selalunya kejang atau cramp di bahagian perut menandakan kita akan datang haid, betul kan? Tapi, simptom awal mengandung juga memberi petanda yang sama sepertimana kita datang haid. Hal ini terjadi kerana embrio sedang mengimplan ke dalam rahim ibu yang mampu membuatkan perut terasa kejang.


SAKIT KEPALA

Sesetengah wanita akan mengalami masalah sakit kepala pada awal kehamilan.Hal ini terjadi kerana perubahan hormon dan peningkatan jumlah darah yang sudah berubah semasa hamil.

Perubahan hormon estrogen dan progestron akan menyebabkan kita sakit kepala atau migrain secara tiba-tiba.

SAKIT BELAKANG

Sakit belakang sewaktu hamil mungkin terjadi akibat rahim yang sedang mengembang dan mengecut. Hal ini boleh menyebabkan ibu hamil berasa kejang, lenguh-lenguh dan sakit badan. Selain itu, posisi tidur yang salah juga boleh menyebabkan ibu berasa sakit belakang semasa awal kehamilan.

PERUBAHAN MOOD

Ibu hamil selalunya mengalami perubahan mood yang ketara di awal kehamilan. Kadang-kadang terasa nak menangis, marah atau sensitif tanpa sebab yang munasabah mahupun punca yang ketara.


TOMPOKAN MERAH PADA VAGINA

Tompokan merah terjadi selepas ovulasi dimana telur disenyawakan selama 6-8 hari untuk bergerak ke arah dinding rahim. Disebabkan itulah ibu akan mengalami pendarahan kecil.



APA PERLU DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA KEHAMILAN?


Ihsan Google

Boleh melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah jika ibu mengalami beberapa simptom awal kehamilan dan haid datang lambat. 

Selepas berkali-kali melakukan ujian sendiri (kadang-kadang jalur merah tak terang pada ujian kehamilan) sehinggalah menampakkan hasil yang positif, bakal ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan tersebut.

Hal ini dapat memudahkan ibu hamil untuk mengawal aktiviti seharian dan mengamalkan pemakanan sihat demi kesihatan dan pertumbuhan janin.

Rezeki dari Allah.


Sumber :
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Pregnancy_signs_and_symptoms?open
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853
http://www.webmd.com/baby/guide/pregnancy-am-i-pregnant
http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/signs-and-symptoms-pregnancy.aspx#close
http://www.parents.com/pregnancy/signs/symptoms/signs-you-may-be-pregnant/
http://pregnancy.about.com/od/signssymptoms/a/25signsofpg.htm
http://www.womenshealthmag.com/health/early-pregnancy-symptoms





You Might Also Like

8 Pengomen

  1. Itulah kan. Kalau pertama kali hamil selalunya tak berapa nak tahu sangat.mungkin xdak experience..anyway, its a very good info..


    JommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI

    ReplyDelete
  2. boleh kata hampir semua tanda ni saya alami bagi keempat-empat pregnancy

    ReplyDelete
  3. Pertama kali hamil tersangatlah mengujakan...seronok tak payah nak cakaplah...hanya mereka yang dapat merasainya.

    penyusuan secara eksklusif cabaran buat ibu bekerja

    ReplyDelete
  4. Orang tua cakap kalau kerap ke tandas buang air kecil rambut baby tu lebat..haha peningkatan cecair dan rahim mengembang rupanya..

    ReplyDelete
  5. masa kehamilan pertama , saya mengalami muntah-muntah yang sangat hebat. tetapi tanda ini tidak saya rasai semasa hamil anak kedua. Tanda kehamilan memang kadang kita tak perasan....

    Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

    ReplyDelete
  6. orang yang pertama kali hamil memnag kadang2 tak perasan tentang kehamilan..ada seorang kawan ditepat kerja dah lama kawin tapi tak dpat anak tapi bila bila hamil dia tak tau sampai bayi tudah bergerak dalam rahim masa tu dah nak masuk 6 bulan...

    Tips Awet Muda

    ReplyDelete
  7. Teringat kehamilan pertama dulu. Buat upt sampai 2kali sebab yang pertama tu line nye tak clear. Ingatkan negatif. Rupa-rupanya line tu memang samar-samar jika masih awal sangat.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::