TIPS PEMAKANAN SEMASA PUASA

12:04 PM


Selamat Berpuasa uollss..Akhirnya kita dapat jugak bertemu dengan Ramadhan kali ni pada tahun 2014.Semoga Ramadhan kita semakin bererti dengan amalan amalan sunat dan penjagaan kesihatan yang baik dalam tempoh 30 hari ni...



Berpuasa dapat merehatkan organ dalaman kita  yang dah penat berkerja sebelum ni.Yela, dalam tempoh sebelum bermulanya Ramadhan, kita dah makan macam macam untuk perut tanpa rehat. 

Apa salahnya kali ni kita reset perut yang dah penat bekerja untuk berfungsi dengan lebih baik sepanjang Ramadhan kali ni. Semasa puasa, badan kita akan membersihkan dan menyingkirkan toksin yang terkumpul dari makanan yang tidak tercerna dengan baik.

Puasa juga bermanfaat untuk menurunkan paras kolestrol, menurunkan berat badan, menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah gangguan lain pada tubuh badan.

So, bila dah stat puasa, secara automatiknya kita kene ubah corak pemakanan kita supaya perut kita dapat berfungsi dengan baik selepas berbuka nanti. Ketika bersahur, kita memerlukan sesuatu yang lambat untuk dicerna untuk kegunaan tubuh badan sepanjang tempoh lebih 12 jam berpuasa, manakala ketika berbuka kita memerlukan sesuatu yang cepat untuk dicerna untuk keperluan tenaga segera.




TIPS PEMAKANAN SEMASA PUASA


ATUR MENU MAKANAN


Ambil makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi samada sahur mahupun berbuka. Setiap hidangan perlu mengandungi gizi seimbang iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin,mineral, air dan serat.

Jadi, semasa sahur ambillah  makanan yang tinggi kandungan serat kerana serat dapat melambatkan pencernaan. Selain tu, ambil juga makanan tinggi karbohidrat untuk mengelakkan rasa lapar semasa berpuasa. Contoh: buah, sayur dan bijirin.


AKTIVITI FIZIKAL


Kalo korang tengah diet, sangat digalakkan untuk buat aktiviti fizikal yang simple sepanjang tempoh berpuasa. Elok  buat senaman ringkas antara 1-2 jam sebelum waktu berbuka.

Selepas waktu berbuka pun kita boleh teruskan aktiviti fizikal untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan minda. 

Selain solat tarawih, senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau berjogging. Tapi, tunggu sehingga 1 atau 2 jam selepas makan sebelum memulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan.

Bagi sesiapa yang makan banyak semasa berbuka, biasanya  perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke 
sistem pencernaan berbanding ke otot.


ELAKKAN TIDUR SELEPAS SAHUR

Tubuh memerlukan masa untuk mencerna makanan terutamanya makanan berat bila diambil semasa bersahur.

Sekurang-kurangnya ada waktu rehat dalam 30minit untuk tubuh mencerna makanan selepas sahur. Sebabnya ia dapat mengelakkan proses metabolisme terganggu.

ELAKKAN AIR SEJUK & MANIS


Minum air sejuk boleh menyebabkan perut menjadi kembung akibat asid pada perut yang meningkat.Elak juga makan makanan manis dengan kadar gula yang tinggi.

Ambil menu berbuka yang semulajadi manis seperti buah kurma ataupun jus buah tanpa gula. Kandungan gula pada makanan tu boleh menaikkankadar gula dengan lebih cepat. 

Selain tu, ia juga tak merangsang penghasilan insulin berbanding gula yang ada dalam minuman dengan gula tambahan seperti teh, sirap,kopi dll

MAKAN SEDIKIT KETIKA BERBUKA

Makan dengan sedikit supaya perut yang dah berjam jam puasa tak terkejut dengan kemasukan makanan secara tiba tiba.

Mulakan berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang sedang dalam proses membina badan atau dalam proses menurunkan berat badan dan nak jaga otot sebanyak yang mungkin, bolehlah ambil satu hidangan whey protein bersama beberapa biji kurma (atau buah-buahan lain seperti pisang atau betik).

Kunyah makanan lambat lambat untuk meringankan proses pencernaan.


Utamakan kesederhanaan semasa berbuka dan bersahur supaya kita dapat elak dari sebarang penyakit.

**Sumber : Kevin Zahri & MW Julai 2013




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::