CARA MERAWAT PEDIH ULU HATI

9:00 PM

Assalam..


Mungkin ramai antara kita pernah mengalami masalah pedih ulu hati kan? Term ni kerap kita guna bila ada rasa sakit secara tak menentu dan terjadi berulang kali di bahagian bawah dada atau atas perut.


Mengikut Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Perubatan Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh berkata, gejala yang dialami bersama rasa loya dan diikuti dengan muntah-muntah ini sebenarnya hadir dengan gejala yang berbeza-beza antara individu.

Menurut beliau, masalah kesihatan yang kerap berlaku dan dialami oleh pelbagai peringkat umur ini boleh meninggalkan kelegaan apabila berlaku rasa loya diikuti dengan muntah. (Rujukan dari Utusan.com.my)

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. 

Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.


Ihsan dari Pak Google

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala tak ada apa perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD) . 

TANDA TANDA PEDIH ULU HATI
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dengan :
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Masalah kesihatan yang boleh dirawat ini jika dibiarkan boleh mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat pendarahan dalam perut.
Keadaan ini boleh menyebabkan najis pesakit menjadi hitam atau melekit seperti tar.

Sekiranya ulser tersebut pecah, ia akan menyebabkan kesakitan di seluruh bahagian perut (peritonitis) dan keadaan ini memerlukan pembedahan segera.

Sekiranya ulser tersebut terjadi di bahagian antara perut dan usus kecil ia boleh menyebabkan penyumbatan pada perut.
Keadaan tersebut akan menyebabkan pesakit muntah, rasa cepat kenyang dan tubuh menjadi susut. (Rujukan dari Utusan.com.my)


Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.


Cara Lain Untuk Elak Pedih Ulu Hati
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

  1. Elakkan makanan tertentu
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:

•Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh

2.Ubah cara hidup

• Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

• Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

• Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .

• Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan



Selain tu, dengan meminum soya juga boleh mengurangkan simptom pedih ulu hati ni. Dan ESP Energizing Soy Protein mampu membantu sesiapa untuk mengurangkan kesakitan pedih ulu hati tu. Mesti korang penah rasa sakit sampai kena membongkok , baring atau ada masalah nak buang air besar kan?

Jangan risau, dengan ESP korang boleh menikmati makanan kesukaan tanpa ubat di farmasi. Best kan?



** Sumber : Utusan.com.my & Myhealth





Whatsapp 014-6342040

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::