CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN
12:35 PM
Perasan tak di muka orang sekeliling kita ada satu tompokan coklat?
Jangan pelik kalau orang yang kita kenal tu masih muda dan belum ada anak lagi!
Sebenarnya masalah jeragat ni boleh muncul dalam kalangan wanita berumur 20 tahun hingga 50 tahun.
Jeragat atau melasma merupakan salah satu masalah kulit yang sukar untuk dirawat serta merta melainkan dengan cara tertentu.
Biasanya
jeragat ni muncul di bahagian pipi,atas bibir, dahi ataupun dagu.
Adakalanya jeragat muncul di bahagian bawah lengan tauu.. hati hati!
Masalah jeragat yang sukar dihilangkan sebenarnya disebabkan oleh lelehan pigmen akibat kerosakan sel melano atau melanocytes yang berada di bawah permukaan kulit.
Apabila sinaran UV dan bahan kimia semulajadi dalam kulit merangsang melanin di dalam sel melano, pigmen akan mulai menjadi gelap dan menghasilkan tompok.
PUNCA JERAGAT MUNCUL BERTOMPOK DI MUKA DAN BADAN
Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah jeragat ini terjadi . Antaranya :
- Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
- Penggunaan alat kosmetik yang mempunyai bahan kimia atau berkualiti rendah
- Pendedahan kepada sinaran matahari yang lama
- Perubahan hormon ketika mengandung
- Pengambilan ubat perancang keluarga
- Genetik ( ada ahli keluarga yang menghadapi masalah jeragat)
- Pengambilan ubat ubatan dalam merawat penyakit tertentu contohnya ovarian cyst ataupun masalah tiroid.
TIPS ATASI JERAGAT DENGAN CEPAT
Saya pernah terbaca satu ruangan yang dijawab oleh seorang Profesor dalam bidang sains dan teknologi, beliau menyatakan bahawa masalah jeragat ni hanya boleh dikurangkan atau dipudarkan sahaja dan sukar untuk menghilangkannya 100%.
Masalah jeragat boleh dipudarkan dengan penggunaan krim pencerahan yang mengandungi Vitamin C, Berries, licorise dan ekstrak buah buahan. Sekiranya anda nak kesan yang lebih cepat, rawatan laser adalah salah satu cara untuk memudarkan jeragat dengan berkesan.
AKan tetapi, rawatan laser atau penggelupas kulit ni memerlukan nasihat dari pakar kulit. Sekiranya anda kurang rapi menjaga kesihatan kulit selepas rawatan laser tersebut, dikhuatiri kulit berjeragat tersebut akan menjadi lebih teruk dari yang sebelum ini.
Credit : Google |
Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan dari terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Hal ini kerana ia boleh merosakkan sel sel kulit yang mengawal pigmen atau melanocyte.
Secara kesimpulannya , berikut adalah tips untuk atasi masalah jeragat yang teruk :
- Pakai sunblock SPF 30 ( sapu sunblock pada kulit 15 minit sebelum keluar dari rumah. Pilih yang mengandungi kandungan seperti zinc oxide or titanium dioxide)
- Mengambil ubat ubatan atau krim untuk mengurangkan tompokan jeragat (contohnya hidrokuinon atau Azelaic Acid. Dinasihatkan untuk menapatkan nasihat doktor dahulu)
- Pakai topi atau payung sekiranya berada lama di bawah sinaran matahari
- Pilih produk penjagaan muka yang bersifat lembut untuk menghalang sensitiviti kulit pada cahaya matahari
- Elakkan waxing atau mencukur di kawasan yang menghidapi jegarat kerana ia mampu menyebabkan keradangan kulit.
- Ambil makanan yang kaya dengan antioksidan untuk mengelakkan radikal bebas yang merosakkan sel sel kulit
Credit : Google |
Jadi, untuk mengatasi masalah jeragat ni, anda boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk lebih memahami soal penjagan kulit berjeragat dengan lebih tepat lagi.
MASALAH JERAGAT SEMAKIN PUDAR DENGAN SET JERAGAT SHAKLEE DAN VIVIX!
Produk berikut merupakan produk cadangan yang kemungkinan sesuai dengan anda. Ada beberapa lagi produk lain yang sesuai mengikut bajet yang anda anda.ESP : membantu membina sel baru pada kulit yang berjeragat. Ia juga membantu membuang sel kulit mati yang menyebabkan tompokan jeragat menjadi ketara. Protein yang mencukup dalam badan membantu badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan tompokan jeragat akan pudar dan hilang.
Vitamin E : Ia dapat membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar lebihan minyak pada kulit serta membantu memudarkan kesan jeragat pada kulit.
Vitamin C : Vitamin C penting dalam pembinaan kolagen. KUlit akan nampak sekata, lebih cerah dan membantu menyekat pembentukan pigmentasi iaitu jeragat dengan lebih banyak
Nutriwhite Cleanser : Pencuci muka Nutriwhite membantu mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati dan menehangkan kulit muka.
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.