NAH, 7 MAKANAN UNTUK KULIT CANTIK DAN BEBAS JERAWAT DENGAN HANYA RM 50 . RUGI KALAU TAK CUBA!

11:32 AM

Kulit yang sihat bukan sahaja menjadi tarikan kepada mata yang memandang tetapi juga membuatkan empunya diri selesa dengan keadaan luaran kulit. Kulit yang sihat seharusnya dijaga dengan baik melalui pemakanan yang sihat mahupun regim kecantikan yang konsisten.

Pemakanan seimbang dan sihat menjadi faktor utama kepada kesihatan dan kecantikan kulit secara dalaman mahupun luaran. Oleh itu, mengambil makanan yang berkhasiat sangat penting supaya kulit bebas cela terutamanya jerawat dan jeragat.

Nak tips kulit cantik? Nah, ni 7 makanan yang membantu kulit lebih sihat dari dalam. Paling ia juga membantu untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat hodoh!

7 MAKANAN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT


● Sayuran hijau


Sayuran berdaun hijau seperti bayam, saderi, asparagus, dan sawi sangat bagus untuk kesihatan dalaman kulit. Contohnya : Bayam merupakan sumber yang kaya dengan Zat Besi, Folat, Vitamin E, Magnesium, serat dan Vitamin A. Secara kasarnya, khasiat dan nutrien dari bayam dapat membantu untuk membersihkan kulit dari dalam tau.
 
Credit : Google
Selain itu bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang akan berubah seiring usia. Jadi, jika anda menjadikan bayam antara salah satu sayur kegemaran, perubahan penuaan kulit akan menjadi perlahan dan kulit akan nampak lebih muda.
Saderi atau Celery pula mengandungi Vitamin K yang membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan stress. Ia juga kaya dengan sumber antioksidan dan mengandungi fitonutrient seperti phytosterols. Jadi dengan pengambilan saderi ini akan membuatkan kulit tampak lebih berseri, sihat dan bermaya jika saderi dijadikan sebagai menu utama dalam diet seharian.
Dalam Mingguan Malaysia semalam (8 Mei 2016) , saya ada terbaca 1 ruangan tip kesihatan mengenai rahsia muda J.Lo. Umur pun dah 46 tahun tapi still nampak fit dan cantik. Beliau hanya amalkan sayuran hijau, asparagus, brokoli dan bayam untuk kulit yang sihat. Selain itu, jauhi rokok  dan terlalu lama terdedah di bawah sinaran matahari untuk kekalkan kecantikan.

● Lobak merah

Lobak merah sememangnya kaya dengan Vitamin A yang mampu membantu memulihkan dan menghilangkan parut jerawat.  Ia juga mengelakkan dari sebum tersumbat hingga menutup pori-pori kulit akibat sel kulit mati yang banyak.
 
Credit : Google


Selain itu, kandungan Vitamin A dan antioksidan dalam lobak merah juga sangat berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran UV . Ia juga bagus untuk merawat masalah kulit kering, kesan penuaan dan memberikan efek lebih cerah pada kulit wajah.

● Ikan Salmon

Ikan salmon mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi. Ia mampu memberi awet muda pada wajah dan juga mengelakkan pertumbuhan jerawat . Di samping itu, ikan salmon juga bagus untuk membuatkan rambut sihat dan kuat serta memberi kelembapan kepada kulit secara semulajadi.

Credit : Google

 ● Betik

Buah betik mempunyai banyak khasiat seperti Vitamin A, C,E dan K serta mempunyai ciri-ciri antioksidan. Buah betik mempunyai kesan yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit seperti mencerahkan kulit muka kerana mengandungi agen pemutihan secara semulajadi dan mengandungi agen pembersihan kulit.
 
Credit : Google


Selain itu, betik juga membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Kandungan Vitamin A dalam betik juga mampu menanggalkan sel kulit mati dan mencegah garis garis halus pada kulit wajah.
Kandungan Vitamin C dalam betik pula bagus untuk mengurangkan keradangan dan pertumbuhan jerawat. Ia juga melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas serta sinaran UV.

● Minyak kelapa

Minyak kelapa mempunyai khasiat yamg lembut pada kulit yang sensitif, dan cepat meresap serta tidak meninggalkan kesan melekit jika digunakan dengan betul.

Credit : Google

Minyak kelapa mengandungi asid laurik dan agen antibakteria yang mampu membantu menghalang jangkitan, virus, keradangan dan pertumbuhan jerawat. Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak dan Vitamin E untuk memberi efek kelembapan kulit serta bebas kedutan.
Selain boleh dimakan, anda juga boleh jadikan minyak kelapa sebagai pembersih wajah, skrub badan atau lulur, losyen badan, pelembap wajah mahupun sebagai perapi untuk rambut subur, merawat kelemumur dan melambatkan uban. Kalau anda wanita bertudung, sangat elok menjadikan minyak kelapa sebagai perapi untuk mengelakkan masalah botak kepala.

● Teh hijau

Kandungan antioksidan dan asid amino seperti L-Theanine dalam teh hijau mampu membantu memberi kesan menenangkan pada anda yang sedang stress.
Selain itu, teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda tanda penuaan kerana mengandungi ciri ciri antioksidan dan antiradang. Ia juga bagus untuk mengelakkan kulit dari sinaran UV yang mampu merosakkan kulit.
 
Credit : Google


7 makanan ni antara contoh makanan yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Terdapat juga makanan atau minuman kaya antioksidan dan resveratrol yang membantu melambatkan penuaan kulit dan menghalang radikal bebas.


Bagaimana Vivix Boleh Membantu ?

Salah satu agen detox yang paling berkesan adalah Vivix kerana Vivix mempunyai satu manfaat iaitu anti-radang yang sangat bagus selain manjadi sumber Vitamin A yg terbaik. Ia terdapat dalam Purple carrot.

Selain itu, vivix membantu perbaiki tisu tisu kulit muka yang rosak dan juga melindungi sel sel yang ada daripada rosak dengan kehebatan kandungan resveratrol yang ada dalam Vivix.

Sebagai agen detox terhebat, Vivix membantu membersihkan toksin dalam badan yang juga menjadi punca kenapa jerawat sukar hilang di kulit muka. Bila dalaman bersih, luaran juga akan bersih kerana sel sel dan organ dalaman berfungsi dengan baik. 


Jadi, anda pilihlah makanan atau minuman yang berkualiti dan mampu membantu kesihatan kulit tanpa menggunakan produk kesihatan dan kecantikan yang mempunyai kandungan bahan kimia. 
Ia satu jaminan yang berbaloi tau kalau pilih yang betul betul berkualiti ! 


Sumber : Akan update kemudian
------------------------------------------------------------------------

www.bysyiraishak.blogspot.com

You Might Also Like

1 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::