5 TIPS MUDAH MENGATASI KULIT KERING SUPAYA TAK NAMPAK TUA BERKEREPOT

9:21 AM

Keadaan cuaca yang panas dan hujan sekarang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan kulit kita.

Pada yang memiliki kulit kering, menggelupas dan sensitif ni akan terkesan dengan keadaan cuaca kita yang tak menentu.Yang paling teruk, masalah kulit sebegini mudah untuk menggalakkan kejadian pigmentasi kulit.




www.bysyiraishak.blogspot.com

Lagipun, nak pakai mekap pun akan nampak macam berbelak. Hodoh kan?

Jadi, apakah cara mudah untuk mengatasi masalah ini?


5 tips mudah mengatasi kulit kering supaya tak nampak tua berkerepot

  •  Gunakan pelembap muka yang sesuai

Credit : Google

Selalunya rutin yang paling bagus adalah kita memakai pencuci wajah, pakai toner dan sapu pelembap di sekitar muka dan leher. Rutin 3 cara ni memang wajib diikuti untuk menjaga kulit agar terhindar dari berminyak mahupun kering. Dengan pelembap muka, ia sedikit sebanyak akan membantu kulit mendapatkan nutrien secukupnya dan mengelakkan kulit menjadi kering serta menggelupas.


  • Pakai losyen selepas mandi

Sangat bagus dipakai selepas kita mandi untuk melembapkan kulit. Jika korang tak begitu gemarkan losyen kerana sifatnya yang agak sedikit berminyak, anda boleh gantikan dengan minyak zaitun untuk melembapkan kulit. Ataupun, apa-apa pelembap yang dirasakan sesuai dengan kulit kering ,just go on.

  • Pakai payung semasa hari panas


Credit : Google

Ini wajib. Tapi saya sendiri pun tak pakai payung semasa cuaca panas. Paling drastik, saya berlindung dan berjalan di kawasan redup seperti bawah pokok ataupun dalam walkway kedai. heeeehh. At least pakai payung akan melindungi kulit kering dari sinaran matahari yang mampu menjadikan kulit lebih teruk lagi.


  • Bersihkan muka sebelum tidur

    Yang ni, memang DO! Wajib sangat pastikan kulit sentiasa bersih selepas pulang dari kerja dan sebelum tidur. Terutamanya bila anda jenis yang bersolek mampan.Kena lakukan 3 basic steps membersihkan wajah supaya kekotoran dari luar dapat dibersihkan dengan baik. Plus, jangan lupa pakai pelembap sebelum tidur serta losyen.

    • Rajin bermasker

    Pilih masker yang sesuai dengan kulit anda yang kering.Tujuannya adalah untuk tambah nutrien pada kulit dan jadikan wajah lebih segar dan sihat.


    Credit : Google

    Antara masker yang korang boleh cuba adalah ready made masker atau DIY masker. Mana satu jadi pilihan?

    Saya jarang guna masker sebab rimas ada benda bertempek kat muka. Rasa lemas pun ada juga.



    Contoh masker untuk kulit kering


    Credit : Google

    Credit : Google

     Ada orang mungkin agak malas nak buat DIY masker sendiri kan? So, Tonik merah ni antara yang terbaik untuk mengurangkan masalah kulit kering kerana mengandungi resveratrol dan kaya dengan polifenol untuk melambatkan proses penuaan kulit tau. Kulit kering yang tak dirawat secepat mungkin akan menyebabkan masalah kedutan yang ketara ....



    www.bysyiraishak.blogspot.com


    Jadi, amalkan pemakanan sihat untuk kulit lebih sihat , gaya hidup yang aktif dan amalkan tips untuk tidak nampak tua dari umur sebenar!

     
     Sumber : Akan diupdate kemudian



    ---------------------------------------------------------------------
    Pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi :

    www.bysyiraishak.blogspot.com



    You Might Also Like

    0 Pengomen

    Assalammualaikum / Hai...

    Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

    Terima Kasih.

    FOLLOW US

    :: GENG GOOGLE ::