7 CARA UNTUK ELAK PENYAKIT JANTUNG MENJADI PUNCA KEMATIAN UTAMA BUAT GOLONGAN MUDA

4:00 PM

Ramai kadangkala keliru apabila tiba tiba ada ahli keluarga atau rakan terdekat menghidapi serangan jantung. Serangan ini boleh terjadi bila bila masa sahaja jika kita tak berhati hati dengan pelbagai perkara.

'Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun, dan menyebabkan kira-kira tujuh peratus kematian di hospital' [1]

Terdapat juga kes seperti yang dilaporkan akhbar, seorang pemandu bas maut akibat diserang jantung hingga mengakibatkan  bas yang dipandunya terbabas. Bayangkan ya, kanak-kanak yang ada di dalam bas cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Serius kan serangan jantung ni jika ia menganggu dan melibatkan nyawa kita dan orang lain?

bysyiraishak.blogspot.com

Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan jika anda berhati hati.


PENYEMPITAN JANTUNG 

'Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.



Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.' [2]


TANDA TANDA SAKIT JANTUNG


Jika saluran darah menjadi sempit, sebahagian jantung takkan dapat bekalan darah yang dan oksigen yang cukup. Sebab tu, pesakit akan rasa sakit dada secara tiba tiba. 

Antara tanda sakit jantung selain sakit dada adalah :

✔️ Sesak nafas
✔️ Berdebar
✔️ Letih dan lesu
✔️ Berpeluh dingin
✔️ Rasa pitam
✔️ Loya dan muntah muntah
✔️ Pengsan
✔️ Rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher


FAKTOR FAKTOR SERANGAN JANTUNG




✔️ Merokok
✔️ Penyakit kencing manis
✔️ Jantina ( lelaki lebih berisiko)
✔️ Umur lebih daripada 45 tahun
✔️ Kandungan kolestrol tinggi dalam darah
✔️ Penyakit darah tinggi
✔️ Obesiti
✔️ Tekanan perasaan
✔️ Kurang menjalani aktiviti fizikal dan bersenam


Tapi, adakah penyakit jantung ni punca kematian utama buat golongan muda?

Secara keseluruhannya, mungkin ya berdasarkan peningkatan beberapa kes kematian pada usia yang muda termasuk wanita dan dalam lingkungan usia 30-an.

Trend sebegini menunjukkan golongan muda sewajarnya menjaga tahap kesihatan diri, memastikan BMI badan pada paras ideal, sentiasa bersenam & melakukan aktiviti fizikal serta menjauhi rokok. Yang paling utama, buat golongan muda yang mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit jantung.



Oleh itu, langkah langkah pencegahan dan kawalan patut dititikberat untuk mengelakkan komplikasi jantung.


LANGKAH LANGKAH MENGELAKKAN PENYAKIT JANTUNG


Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. 

Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung.
Antaranya :




✔️ Mengamalkan cara hidup yang sihat. 

✔️ Kawal pemakanan. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

✔️ Tambah atau tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

✔️ Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan ideal. 

✔️ Berhenti merokok

✔️ Melakukan aktiviti fizikal atau senaman 3 kali seminggu dan setiap 20 minit

✔️ Mengawal stress dengan bijak



Dengan peningkatan kematian dalam kalangan golongan muda yang makin meningkat, golongan muda haruslah semakin berhati hati dengan segala simptom yang mampu meningkatkan risiko penyakit jantung.

Pastikan mendapat rawatan dengan segera jika rasa sakit dada kerana jika terlewat mendapatkan rawatan, ia akan memberi tekanan pada otot jantung yang sudah kekurangan bekalan darah.Disebabkan tekanan inilah kerosakan jantung akan terjadi.

So, kalau ada kawan kawan mengadu rasa sesak nafas selepas bersenam atau buat apa apa aktiviti, cepat-cepatlah bertindak untuk bawa mereka ke hospital tau. Sebabnya, banyak kes yang berlaku sekarang adalah kelewatan memberikan rawatan pada mereka yang mengalami simptom simptom penyakit jantung.

MENCEGAH DAN MENGAWAL SAKIT JANTUNG DENGAN TONIK SUPERPOWER


Tonik SuperPower adalah suplemen yang mengandungi kombinasi resveratrol dan phytonutrien. Sumber resveratrol dan phytonutrien adalah dari anggur muscadine,sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ia tumbuh secara semulajadi.


Tonik SuperPower ini kaya dengan polifenol, iaitu satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik.

Tonik ni memberi perlindungan pada masalah jantung seperti :

✔️ Melindungi penuaan
✔️ Melindungi salur darah daripada kerosakan radikal bebas
✔️ Turunkan risiko penyakit jantung

Resveratrol membantu untuk mengurangkan keradangan ,mencegah oksidasi daripada HDL atau kolestrol jahat,mengelakkan daripada platlete darah melekat dan membentuk gumpalan darah beku yang menyebabkan serangan jantung.

Selain itu, banyak lagi kelebihan Tonik SuperPower pada kesihatan menyeluruh.

TESTIMONI TONIK SUPERPOWER


Di bawah ini antara testimoni terbaik untuk pesakit jantung yang mengalami salur darah tersumbat yang ingin berikhtiar dengan Tonik SuperPower dari Shaklee.

Insyallah, usaha untuk mencegah dan mengurangkan simptom penyakit lebih baik dari mengubati.

bysyiraishak.blogspot.com

bysyiraishak.blogspot.com
'Saya syorkan pada semua customer saya supaya ambil Vivix bagi yang ada darah tinggi. Berbaloi walaupun mahal. Wife saya ada darah tinggi yang kronik. Sejak consume Vivix, alhamdulillah dia dah tak rasa pening lagi. Kalau naik tangga pun dah tak mengah macam dulu. Dah 2 bulan dia tak ambil ubat doktor. Satu yang agak menggembirakan hati saya adalah apabila dia dapat melepaskan pergantungan dari ubat hospital.'


Mencegah lebih baik dari mengubati. Amalkan Vivix selalu!





www.bysyiraishak.blogspot.com









Sumber :
[1] http://www.mmgazette.com/amaran-apakah-serangan-jantung-dr-beni-rusani/
[2]http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/video/P/Video%20Penyakit%20Jantung/Penyakit%20Jantung_BM.php
[3] http://www.sinarharian.com.my/rencana/ubatan-moden-penyakit-jantung-koronari-1.345502
[4] http://www.myhealth.gov.my/?p=556 



















You Might Also Like

0 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::