SEMPUT ATAU ASMA TERLALU TERUK TAKKAN HILANG SELAMA-LAMANYA JIKA..
12:30 AMAda di kalangan keluarga atau rakan -rakan mengalami semput atau lelah atau asma?
Check keadaan mereka!
Salah satu tanda mereka yang mengalami asma ni adalah pernafasan mereka berbunyi berdecit sedikit seperti 'Wheeezz' terutama apabila mereka menghembuskan nafas. Ada juga penghidap asma yang tak mengeluarkan sebarang bunyi tetapi mengalami batuk pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
APA ITU ASMA @ LELAH @ SEMPUT?
Asma atau biasanya dikenali sebagai semput atau lelah adalah sejenis penyakit kronik yang terjadi akibat saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba hingga menyebabkan kesukaran bernafas. Ini terjadi kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.
Serangan asma ni selalunya dikaitkan dengan alahan walaupun tak semuanya mengalami simptom yang sama. Banyak lagi penyebab yang boleh menyebabkan serangan asma terjadi.
FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA ASMA
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain. Antara faktor-faktor penyebab ialah :
- Bulu Binatang
- Debu atau habuk
- Perubahan cuaca
- Senaman berlebihan
- Merokok dan asap rokok
- Debunga
- Jangkitan saluran pernafasan
- Makanan / Buah-buahan tertentu
- Tekanan perasaan
- Alat solek dan kelengkapan dandanan diri
- Ubat tertentu
GEJALA PENYAKIT ASMA
Ada beberapa gejala yang boleh dipastikan jika keluarga atau rakan kita akan diserang asma. Antaranya adalah :
- Batuk (terutama pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
- Susah bernafas (sesak nafas)
- Nafas berbunyi (wheezing)
- Rasa ketegangan di dada
- Pernafasan menjadi pendek
CARA NAK MERAWAT SEMPUT TANPA KENDONG INHALER MERATA-RATA
Credit -- I Reach : Rawatan Asma Kronik? No inhaler anymore!
Insyallah.
0 Pengomen