SAMPAI KE SUDAH TAK BUAT BROWNIES!

9:49 AM

Semangat nak buat brownies memang berkobar kobar sejak dapat ilham dari resipi Brownies Kedut kak Afzan tu. Dengan gambar yang cantik dan steps yang mudah melalui gambar, nampak mudah nak dibuat. :)


Kredit pic : FB Afzan Mohd (Gambar diubahsuai)

Lepas tu kat newsfeed FB pun penuh dengan segala macam brownies yang cantik cantik dan tempting. Ada tu siap letak pelbagai buah buahan berries atas brownies. Mata yang menengok ni macam dah jatuh hati pada brownies, meleleh ayaq liur mak huhu.

Saya tak ingat bila pertama kali merasa brownies tapi memang jarang sangat makan. Bila kawan adik datang dan bawa brownies ke rumah, masa itulah saya macam nak cuba buat brownies ni. Harga brownies pun bukanlah murah mana. Buat sendiri lagi jimat sebab saya sendiri suka baking.

Sejak minggu lepas, saya memang dah plan untuk buat brownies untuk dirasa oleh suami dan keluarga. Kebetulan pula OT sampai pukul 8 sahaja, so banyak masa boleh dibuat untuk baking.

Tapi...

Malangnya, pencarian dark choc button ni yang membantutkan hasrat nak buat brownies. Semua kedai yang saya pergi sekitar Nilai dan BBST sold out choc button. Siap kena tunggu minggu depan untuk restock balik.


Kredit pic :jomkepandan

Ni sebab penangan brownies la kan??? Dasyat!

Boleh je tak guna choc button tu. Tapi disebabkan nak melihat hasil yang sama seperti Kak Afzan tu, memang lurus la. Taknak derhaka pada resipi. Heheheh..

So, pencarian diteruskan minggu depan. Mungkin boleh ke Bangi kot petang ni. Kat Bangi je ada banyak kedai Bakeri.

Dan minggu depan harap harap dapat buat brownies ni!









You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::