Kredit pic : FB Afzan Mohd (Gambar diubahsuai) |
Saya tak ingat bila pertama kali merasa brownies tapi memang jarang sangat makan. Bila kawan adik datang dan bawa brownies ke rumah, masa itulah saya macam nak cuba buat brownies ni. Harga brownies pun bukanlah murah mana. Buat sendiri lagi jimat sebab saya sendiri suka baking.
Sejak minggu lepas, saya memang dah plan untuk buat brownies untuk dirasa oleh suami dan keluarga. Kebetulan pula OT sampai pukul 8 sahaja, so banyak masa boleh dibuat untuk baking.
Tapi...
Malangnya, pencarian dark choc button ni yang membantutkan hasrat nak buat brownies. Semua kedai yang saya pergi sekitar Nilai dan BBST sold out choc button. Siap kena tunggu minggu depan untuk restock balik.
Kredit pic :jomkepandan |
Ni sebab penangan brownies la kan??? Dasyat!
Boleh je tak guna choc button tu. Tapi disebabkan nak melihat hasil yang sama seperti Kak Afzan tu, memang lurus la. Taknak derhaka pada resipi. Heheheh..
So, pencarian diteruskan minggu depan. Mungkin boleh ke Bangi kot petang ni. Kat Bangi je ada banyak kedai Bakeri.
Dan minggu depan harap harap dapat buat brownies ni!
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.