CARA RAWAT DEMAM DENGGI TANPA PERLU MAKAN UBAT DAN MINUM JUS DAUN BETIK YANG PAHIT

11:21 AM


Kes demam denggi terus mencatatkan angka kes yang semakin serius sejak kebelakangan ini. Pada masa kini, demam denggi sudah mula menyerang organ dalaman manusia seperti hati dan otak berbanding dahulu di mana pesakit denggi hanya mengalami pendarahan dan bintik-bintik pada badan.

Demam denggi ni merupakan sejenis virus topikal yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ia mudah didapati di kawasan iklim tropika dan sub-tropika di seluruh dunia.


Seram bila dengar hal ni. Kawasan korang ada kes denggi?


Kalau ada, memang kena berjaga-jaga.






Denggi ni perlu disyaki apabila kita mengalami demam yang tinggi (suhu 40 ° C / 104 ° F) disertai dengan 2 daripada gejala berikut:


  • sakit kepala yang teruk, 
  • sakit di belakang mata, 
  • sakit otot dan sendi, 
  • rasa loya, 
  • muntah-muntah, 
  • kelenjar bengkak atau ruam.

Denggi yang teruk adalah komplikasi yang berbahaya disebabkan oleh kebocoran plasma, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan yang teruk atau kemerosotan organ.


Tanda-tanda amaran berlaku 3-7 hari selepas simptom pertama selari dengan penurunan dalam suhu (di bawah 38 ° C / 100 ° F) dan termasuk: 



  • sakit teruk di bahagian abdomen
  • muntah berterusan, 
  • pernafasan cepat, 
  • gusi berdarah, 
  • keletihan, 
  • keresahan dan 
  • muntah berdarah.

Demam denggi memang tiada ubat yang khusus untuk merawat pesakit denggi. Selalunya pesakit denggi akan ditahan dalam wad itupun jika pesakit mengalami demam denggi berdarah. 


Jadi, pencegahan adalah penting supaya kita tidak menjadi antara satu pesakit denggi sepertimana yang ditunjuk dalam statistik terbaru ni.(sehingga 26 Februari 2015)



                               



                                  
NEGERIKES HARIAN
PADA
26 Feb 2015
*JUMLAH KES TERKUMPUL
DARI 4 JAN 2015 HINGGA
26 Feb 2015
JOHOR201,246
KEDAH2182
KELANTAN6425
MELAKA3400
NEGERI SEMBILAN2347
PAHANG8606
PERAK492,511
PERLIS283
PULAU PINANG211,080
SABAH16697
SARAWAK11528
SELANGOR30414,167
TERENGGANU3316
WP KUALA LUMPUR181,172
WP LABUAN01
WP PUTRAJAYA028
MALAYSIA46523,789
 Sumber Daripada Bilik Gerakan Denggi  Kebangsaan CPRC,Kementerian Kesihatan Malaysia KKM)


BAGAIMANA MERAWAT DEMAM DENGGI TANPA MAKAN UBAT DAN JUS DAUN BETIK YANG PAHIT




                       Sumber : I reach


                                                     

Pendidikan mengenai denggi penting bagi memastikan kita tidak menjadi salah seorang suspek dalam kes denggi.Selain menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan bebas daripada nyamuk aedes membiak ,mengetahui tanda-tanda dan gejala demam denggi adalah sama penting.

Cuaca yang semakin panas juga boleh menyebabkan demam denggi ni makin teruk.

Bersedia menepis denggi dan cuaca panas dengan pertahanan badan yang kuat.

Jadi, MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI :)


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::