Kes demam denggi terus mencatatkan angka kes yang semakin serius sejak kebelakangan ini. Pada masa kini, demam denggi sudah mula menyerang organ dalaman manusia seperti hati dan otak berbanding dahulu di mana pesakit denggi hanya mengalami pendarahan dan bintik-bintik pada badan.
Demam denggi ni merupakan sejenis virus topikal yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ia mudah didapati di kawasan iklim tropika dan sub-tropika di seluruh dunia.
Seram bila dengar hal ni. Kawasan korang ada kes denggi?
Kalau ada, memang kena berjaga-jaga.
- sakit kepala yang teruk,
- sakit di belakang mata,
- sakit otot dan sendi,
- rasa loya,
- muntah-muntah,
- kelenjar bengkak atau ruam.
Denggi yang teruk adalah komplikasi yang berbahaya disebabkan oleh kebocoran plasma, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan yang teruk atau kemerosotan organ.
Tanda-tanda amaran berlaku 3-7 hari selepas simptom pertama selari dengan penurunan dalam suhu (di bawah 38 ° C / 100 ° F) dan termasuk:
- sakit teruk di bahagian abdomen
- muntah berterusan,
- pernafasan cepat,
- gusi berdarah,
- keletihan,
- keresahan dan
- muntah berdarah.
Demam denggi memang tiada ubat yang khusus untuk merawat pesakit denggi. Selalunya pesakit denggi akan ditahan dalam wad itupun jika pesakit mengalami demam denggi berdarah.
Jadi, pencegahan adalah penting supaya kita tidak menjadi antara satu pesakit denggi sepertimana yang ditunjuk dalam statistik terbaru ni.(sehingga 26 Februari 2015)
NEGERI | KES HARIAN PADA 26 Feb 2015 | *JUMLAH KES TERKUMPUL DARI 4 JAN 2015 HINGGA 26 Feb 2015 |
---|---|---|
JOHOR | 20 | 1,246 |
KEDAH | 2 | 182 |
KELANTAN | 6 | 425 |
MELAKA | 3 | 400 |
NEGERI SEMBILAN | 2 | 347 |
PAHANG | 8 | 606 |
PERAK | 49 | 2,511 |
PERLIS | 2 | 83 |
PULAU PINANG | 21 | 1,080 |
SABAH | 16 | 697 |
SARAWAK | 11 | 528 |
SELANGOR | 304 | 14,167 |
TERENGGANU | 3 | 316 |
WP KUALA LUMPUR | 18 | 1,172 |
WP LABUAN | 0 | 1 |
WP PUTRAJAYA | 0 | 28 |
MALAYSIA | 465 | 23,789 |
Sumber Daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC,Kementerian Kesihatan Malaysia KKM)
BAGAIMANA MERAWAT DEMAM DENGGI TANPA MAKAN UBAT DAN JUS DAUN BETIK YANG PAHIT
Sumber : I reach
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.