KENAPA MULTIVITAMIN PENTING UNTK KESIHATAN?
10:30 AMPenting ke untuk kita mengambil Multivitamin ni?
Ihsan dari Pak Google |
Mengikut Pn Farah Diba Khan, Pakar Diet Kanan, PP Prince Court KL menyatakan bahawa pengambilan multivitamin bukanlah sesuatu yang penting jika kita mengamalkan pemakanan seimbang. Malangnya, dengan gaya hidup yang kurang sihat dan sibuk membuatkan hampir dari kita tidak sempat atau kurang tertumpu untuk mengambil makanan seimbang dan meneliti kandungan nutrien dalam sesuatu hidangan.
Ihsan dari Pak Google |
Jadi, agak mustahil untuk kita mendapat segala nutrisi penting hanya di dalam makanan sahaja walaupun kita fikir dengan memakan buah dan sayur dapat membantu kita untuk mendapat nutrisi penting pada badan.
Multivitamin bukanlah pengganti kepada makanan yang kita makan tapi lebih bertindak untuk mencukupkan nutrien dalam regim pemakanan kita.
KENAPA MULTIVITAMIN PENTING UNTUK KITA
----> Tekanan mampu mengurangkan kandungan nutrien dalam badan
Dalam keadaan tidak tertekan, badan kita still mampu mengalami tekanan hingga menyebabkan kita perlu mengambil lebih banyak vitamin dan mineral. Antaranya bila kita tidak dapat tidur yang mencukupi, sibuk dengan kerja ataupun banyak melakukan kerja dalam satu satu masa.
Oleh itu, keperluan Vitamin B dan C amat penting untuk mengurangkan risiko stress pada diri kita. Jika tidak, kita akan menghadapi saat sukar dalam berhadapan dengan tekanan dalam diri kita.
----> Penting kepada Wanita Hamil
Ihsan dari Pak Google |
Asid Folik, B12 dan kalsium diperlukan dalam tempoh prenatal bagi mencegah kecacatan kelahiran dan bayi pramatang.
----> Penting Semasa Diet
Susah sebenarnya untuk kita mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan jika kita mengamalkan diet especially untuk kuruskan badan ataupun jika korang ni vegetarian.
----> Menigkatkan fungsi kognitif
Kajian telah menunjukkan bahawa individu untuk semua peringkat umur mempunyai fungsi kognitif yang lebih baik apabila mereka mengambil multivitamin setiap hari.Kanak-kanak yang mengambil multivitamin setiap hari menunjukkan peningkatan dalam ujian kognitif manakala wanita dan lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kerja seharian. Selain itu, kajian juga telah menunjukkan penurunan penyakit Alzheimer dan lain-lain bentuk demensia pada warga emas yang mengambil multivitamin secara konsisten.
----> Pemulihan dan Pembaikan
Untuk tempoh pemulihan dari pembedahan, kecederaan dan penyakit, kita memerlukan keperluan vitamin tambahan dan mineral lebih banyak dari biasa.Masa inilah sel sel badan kita akan diperbaharui dan radikal bebas akan dinyahkan dari badan.
----> Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan multivitamin secara konsisten dalam mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung dan kanser.Walaupun terdapat nutrien lain yang boleh didapati dalam makanan seperti serat, kita tetap memerlukan multivitamin untuk membantu mengembalikan nutrien yan hilang dalam diet seharian kita.
Masa mula-mula saya alami masalah kekurangan zat besi hingga tidak dibenarkan untuk menderma darah, saya amalkan multivitamin untuk tampung kekurangan zat besi dalam badan saya. Patutlah dulu dulu kerap penat dan lesu. Rupa-rupanya akibat dari kekurangan zat besi!
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.