TIPS BERBUKA PUASA YANG BERKESAN
9:00 PMRamai yang mengaitkan masalah sakit perut, gastrik dan sebagainya dengan amalan berpuasa.
Bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti tu terjadi, ada beberapa tips berbuka puasa secara sihat tanpa mencederakan perut yang lama berehat semasa kita berpuasa.
TIPS BERBUKA PUASA YANG BERKESAN
MULAKAN DENGAN KURMA
Kurma dapat memberi tenaga segera disebabkan kandungan gula semulajadi yang ada pada isi kurma.
Tenaga segera ni dapat memulihkan keadaan tubuh badan yang kurang bermaya sekaligus membolehkan kita bertenaga untuk berteraweh. Banyak lagi KHASIAT KURMA selain dari pembekal tenaga segera
MINUM AIR PUTIH
Minum air putih bagi melepaskan dahaga serta mengembalikan cairan yang hilang sepanjang seharian berpuasa
MAKAN MAKANAN BERSERAT
Setelah selesai solat, cuba mulakan makan makanan yang tinggi serat dulu sebelum ambil makanan berat. Makanan tinggi serat membantu mempercepatkan proses penyerapan gizi, menurunkan kadar kolestrol dalam darah, penyeimbang tekanan darah dll.
ELAKKAN MINUMAN BERAIS
Elakkan minum minuman berais semasa berbuka kerana mampu membuatkan perut kita kembung. Selain tu, Air sejuk berais juga akan membekukan bahan berminyak yang baru saja kita ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
KAWAL PEMAKANAN
Pastikan kita makan dalam kuantiti yang diperlukan untuk tubuh sahaja tanpa makan secara berlebihan.
Ini dapat mengelakkan sistem pencernaan bekerja terlalu keras untuk mencerna makanan sekaligus selepas berbuka.
Jadi, dengan pengambilan makanan yang sederhana dan sihat akan menjauhkan kita dari kesihatan yang terganggu. Yelah, masa bulan puasalah bermacam masalah kesihatan akan timbul seperti gastrik.
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.