MENGAPA PERLU BERBUKA DENGAN KURMA?

6:30 PM


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan 

yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, 

serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus 

glukosa. 


INi menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. 

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 



Credit : Merahitujambu


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 
jam.


Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada kita dan ini memudahkan 

untuk beribadat terutamanya berteraweh. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia 

menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. 



Dari PAk Google




Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Serat ni la yang baik 

untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin

dan amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat 

tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai 

potasium. 


Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source 

atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi 

potasium tetapi jumlahnya sedikit.


Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi 

perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat 

menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-

urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses 

kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ 

rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi 

Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah 

daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, 

merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.




KHASIAT KURMA : Short Fact





1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.
Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. 
9. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
10. Zat besi dan kalium yang tinggi dalam kurma dipercayai dapat meningkatkan penghasilan air susu  ibu
11. Buah kurma dapat membantu mengurangi ketegangan mental dan insomnia.
Banyak lagi khasiat kurma sebenarnya untuk kesihatan. Dan kurma bukan calang calang buah disebabkan pernah disebutkan dalam hadis nabi membuktikan kurma tu sangat2 bagus untuk kesihatan.

Apa kata kita tambahkan sunnah nabi dalam pemakanan kita?



** Sumber : PMR & Fuh

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::