NAK PILIH SUNBLOCK ORAL ATAU SAPU?
3:21 PM
Nak share info dari Twitter yang dikongsi oleh Dr Hafsah Sazali mengenai Sunblock diambil secara oral.
Kredit Photo : Reddit.com |
Korang percaya?
Saya tetap yakin bahawa sapuan sunblock pada kulit lebih berkesan jika nak lindungi kulit dari sinaran UV. Selalu saya pilih sunblock SPF 50 untuk perlindungan 4 jam dari sinaran mayahari mahupun cahaya daripada lampu etc. And my favourite, still Sunkiller!
Okay, saya share apa yang dah ditulis oleh Dr Hafsah dalam thread twitter beliau.
----------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana nak lindungi kulit daripada radiasi matahari?
Saya
selalu membebel pasal ni dalam klinik. Yelah, pesakit di sini
kebanyakannya orang putih. Kulit mereka berisiko untuk dapat kerosakan
kulit akibat radiasi UV. Tapi pantang cuaca panas sikit, ramai pergi
berjemur.
- Pemakaian (protective clothing, hat, sunglasses)
- Cari tempat teduh (seeking shade)
- Sapu sunblock (sekurang-kurangnya SPF50)
Pil atau jus sunblock?
Ada kajian-kajian yang menilai potensi sunblock yang diambil secara ‘dalaman’ (oral, subcutaneous). Tetapi belum ada bukti kukuh lagi mengenai keberkesanan dan keselamatannya.Kajian ke atas Polypodium leucotomos misalnya, menunjukkan ia berkemungkinan memberi tahap perlindungan SPF yang rendah sahaja. Pendek kata, bahan-bahan kajian ini tidak boleh menggantikan sunblock yang disapu pada kulit.
Satu lagi isu ialah matahari penting untuk penghasilan vitamin D dalam kulit. Kalau nak block sinaran matahari sepenuhnya daripada kulit risiko kekurangan vitamin D meningkat, terutamanya jika warna kulit lebih gelap (kerana melanin juga melindungi daripada sinaran UV).
Tak logik jika ada produk mendakwa ia memutihkan kulit tapi juga janjikan lebih perlindungan daripada UV. Kulit yang lebih gelap ( pigmen) secara amnya mempunyai perlindungan daripada . Kalau betul produk memutihkan, maknanya ia pigmen melanin yang melindungi kulit
Kesimpulannya, pil atau suplemen BUKAN pengganti sunblock yang disapu atas kulit. Data juga menunjukkan topical sunblock selamat digunakan
Oleh itu, pakai lah sunblock dengan yakin. Jangan mudah terpedaya dengan produk suplemen dan kita tidak perlu obses dengan kulit putih. Bersyukurlah kerana risiko kanser kulit lebih rendah bagi kulit gelap kita orang Asia berbanding kulit orang putih.
Artikel jurnal yang pernah saya bentangkan semasa journal club bersama pakar-pakar kulit dan staf Dermatologi lain di tempat saya bekerja: https://www.jaad.org/article/S0190-9622(16)30882-9/pdf …
--------------------------------------------------------------------------------
Jom jadi pengguna bijak dalam memilih sunblock!
1 Pengomen
Hi menarik ini :) bw here done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.