BADAN JADI BERTENAGA, RESDUNG PUN MAKIN BERKURANG TANPA UBAT DOKTOR SEMATA MATA
11:17 AM
Korang Kerap bersin?
Selalu batuk batuk? Hidung rasa berair dan tersumbat?
Rasa macam nak demam..Kurang deria bau pulak tuu..ehh gigi rahang atas pun sakit..
kenapa ehh?
Itu merupakan tanda tanda atau gejala bermulanya resdung.
Resdung atau rhinosinusitus bermaksud radang pada mukosa di dalam rongga rongga hidung dan sinus.
Masalah resdung boleh terjadi pada sesiapa sahaja.
Selalunya individu yang ada resdung ini disebabkan oleh alahan atau jangkitan kuman. Terdapat beberapa jenis masalah resdung dan bergantung kepada puncanya.
Contohnya resdung alahan terjadi disebabkan alahan kepada hama, makanan laut, belacan, bulu binantang peliharaan atau debunga. Manakala resdung jangkitan kuman pula disebabkan jangkitan virus, bakteria atau kulat.
Tapi, yang femesnya resdung terjadi akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga sekelilingnya yang di panggil sinus.
Sinus ni sebenarnya merupakan rongga rongga dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran saluran yang kecil.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ni pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
Jika sinus tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus akan jadi tempat pembiakan kuman bakteria.
TANDA TANDA RESDUNG
- Hidung tersumbat
- Lendir daripada hidung dan tekak
- Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
- Sakit tekak berpanjangan dan berulang ulang
- Demam atau rasa tak sedap badam yang berpanjangan
- Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung etc
PUNCA RESDUNG
- Persekitaran yang kotor seperti asap rokok
- Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
- Hidung bengkok
- Mandi menggunakan air yang kotor
- Jangkitan gigi atas
- Ketumbuhan dalam hidung
- Objek dimasukkan ke dalam hidung
- Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak kanak
KOMPLIKASI RESDUNG
- Jangkitan nanah di sekeliling mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selesema biasa yang melarat
CARA MERAWAT RESDUNG
- Perlu mendapatkan pemeriksaan doktor
- Setelah dapat kepastian mempunyai resdung, doktor akan bagi nasihat supaya elakkan diri daripada terdedah kepada punca alahan
- Doktor akan syorkan ubat untuk atasi masalah resdung. Antaranya adalah Antibiotik, ubat selesema, Dekongestan atau ubat titis atau ubat semburan hidung yang mengandungi steroid dan Pil antihistamin, acetaminophen atau paracetamol
- Sambil mendapatkan rawatan doktor, boleh amalkan doa perubatan Islam : Baca Al-Fatihah, Selawat Syifa', Surah Al-Isra' ayat 82 dan Doa Penyembuhan ( Surah An-Nahl 66-74 & Al-Anfaal 36-50)
- Elakkan pendedahan kepada sesuatu alahan. Perlu pastikan persekitaran sentiasa bersih dan kurang berhabuk. (Untuk resdung alahan)
- Elakkan penggunaan karpet atau permaidani
- Elakkan daripada menghias dengan terlalu banyak kusyen
- Cadar dan langsir blik tidur harus kerap ditukar dan dicuci
- Penggunaaan vakum lebih bagus untuk mengurangkan habuk dan hama berbanding penyapu.
- Elakkan makanan yang menyebabkan alahan
- banyakkan berehat. Baring menggunakan bahagian badan yang membuatkan kita bernafas dengan lebih baik kerana ia mampu melegakan resdung
- Hirup sus atau cecair yang panas dan minum banyak air
- Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
Selain dari pencegahan dan pengawalan resdung di rumah, penghidap resdung juga boleh mencuba supplement Shaklee yang membantu mengawal radang resdung dari menjadi lebih kronik.
Customer ni baru consume vivix selama 4 hari. Alhamdullilah beliau dah semakin bertenaga serta cergas. Selain masalah resdung, customer ni juga mempunyai masalah tiroid dan resdung.
----------------------------------------------------------------------------
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Whatsapp / SMS :
Founder of Calla Donita : SSM 00251****-P
Syira Ishak
014 634 2040
Projek Calla Donita
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.