5 JENIS KANSER YANG BIASA MENYERANG LELAKI DI MALAYSIA. WAJIB TAHU!
4:51 PM
Menurut data dari National Cancer Registry Report yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2007, Malaysia mencatatkan 18, 219 kes kanser yang didaftarkan.
Dalam jumlah tersebut, sebanyak 44.6% atau 8,123 melibatkan lelaki manakala selebihnya adalah wanita.
Banyak kan?
Entry yang lepas, kanser mengenai wanita dah saya kupas serba sedikit. Kali ni, saya nak share pula kes kanser yang kerap terjadi dalam kalangan lelaki berdasarkan statistik di atas tu.
Dalam banyak banyak kanser yang didaftarkan pada 2007, lelaki banyak menghidap kanser paru paru, kanser kolorektal, kanser nasofarink (nasopharynx), kanser prostat dan kanser lymphoma.
Sejauhmana anda mengetahui faktor risiko dan simptom kepada kanser yang terjadi dalam kalangan lelaki?
5 JENIS KANSER YANG BANYAK DIHADAPI OLEH LELAKI
Kanser paru paru mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam statistik pada 2007 dengan angka sebanyak 1320 kes. Diikuti oleh Kanser kolorektal sebanyak 1185 kes, kanser nasofarink sebanyak 685 kes, kanser prostat sebanyak 502 kes dan kanser lymphoma pula 448 kes.
- Kanser paru paru
Kanser ni terjadi apabila ada pertumbuhan sel sel abnormal dalam satu atau kedu dua belah paru paru anda. Bila sel abnormal ni makin membesar dan merebak, ianya akan membentuk tumor dan sekaligus mengganggu fungsi paru paru dalam membekalkan oksigen.
Antara faktor risiko untuk mendapat kanser paru paru adalah :
- Pendedahan kepada bahan kimia contohnya di kilang mengeluarkan bahan kimia atau menghidu bahan kimia dengan kerap
- Terdapat sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser
- Kerap merokok
- Perokok pasif atau sentiasa dikelilingi oleh asap rokok dengan kera.
Simptom kanser paru paru berbeza pada setiap orang mengikut tahap kanser yang dihidapi. Cuma, terdapat beberapa persamaan simptom antaranya :
- Suara serak
- Kesukaran untuk bernafas
- Batuk yang berterusan
- Demam
- Mudah rasa lesu
- Berat badan turun mendadak tanpa sebab
- Rasa badan cepat lemah dna tidak bertenaga
- Kanser Kolorektal
Kebanyakan kanser bermula dari polips iaitu ketumbuhan bukan kanser yang boleh berkembang menjadi kanser.
Antara simptom kanser kolorektal adalah :
- Mudah letih dan penat
- Terdapat perubahan pada kekerapan membuang air besar
- Cirit birit atau sembelit dengan kerap
- Terdapat darah pada najis
- Najis berwarna gelap
- Berat badan turun tanpa sebab
- Mudah sakit perut
- Perut rasa kejang dan kembung
Jika anda menghidap kanser kolorektal, pembedahan merupakan cara terbaik dalam merawat kanser ini. Terdapat juga penghidap kanser yang hanya bergantung kepada rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan bagi merencatkan sel kanser dari merbak atau berulang.
- Kanser nasofarink
Punca punca kanser nasofarink masih belum jelas tetapi kebanyakkannya mungkin disebabkan pemakanan yang kaya dengan garam seperti ikan masin dan daging masin.
Namun, sebab sebenar berlakunya keadaan itu sehingga kini tidak diketahui lagi, melainkan faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, jangkitan virus EBV, pencemaran udara dan pemakanan sebagai teori yang sering dikaitkan dengan kanser nasofarinks.
- See more at: https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanser-nasofarinks-ancam-lelaki-1.291165#sthash.G6T1OHyR.dpuf
Namun, sebab sebenar berlakunya keadaan itu sehingga kini tidak diketahui lagi, melainkan faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, jangkitan virus EBV, pencemaran udara dan pemakanan sebagai teori yang sering dikaitkan dengan kanser nasofarinks.
- See more at: https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanser-nasofarinks-ancam-lelaki-1.291165#sthash.G6T1OHyR.dpuf
- Merokok
- Pengambilan Alkohol yang berlebihan
- Berumur 40 tahun ke atas
- Kurang daya imun
- Diet yang kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Persekitaran : pendedahan yang berlebihan kepada habuk dan asap mungkin meningkatkan faktor risiko untuk menghidap kanser nasofarink
Seperti yang didedahkan dalam Pusat Sumber dan pendidikan kanser, antara gejala awal kanser nasofarink termasuklah:
Apabila kanser nasofarink makin berkembang, keadaan berikut mungkin berlaku:
- Hilang pendengaran
- Sakit, kebas atau lumpuh pada muka
- Batuk berdarah
- Masalah menelan minuman atau makanan
- Sukar bernafas atau bercakap yang diakibatkan oleh hidung sumbat
- Penglihatan kabur atau berbayang
- Sukar membuka mulut
Namun, sebab sebenar berlakunya keadaan itu sehingga kini tidak diketahui lagi, melainkan faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, jangkitan virus EBV, pencemaran udara dan pemakanan sebagai teori yang sering dikaitkan dengan kanser nasofarinks.
- See more at: https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanser-nasofarinks-ancam-lelaki-1.291165#sthash.G6T1OHyR.dpuf
Pemeriksaan awal sangat diperlukan jika anda sejarah keluarga dan simptom simptom kanser nasofarink seperti di atas. Jika terlambat mengesan kanser nasofarink ni akan menyebabkan ketumbuhan di dalam otak dan boleh membawa maut.
- Kanser Prostat
Kanser prostat bermula apabila sel-sel dalam kelenjar prostat mula berkembang tanpa kawalan.
Antara faktor risiko kanser prostat adalah sejarah keluarga, umur melebihi 50 tahun, dan hormon testesteron yang tinggi.
Simptom kanser prostat adalah :
- Aliran air kencing yang tidak lancar.
- Rasa hendak buang air kecil dengan kerap pada waktu malam.
- Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
- Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
- Darah dalam air kencing atau air mani.
- Kanser lymphoma (limfoma).
Kanser Lymphoma adalah kanser yang berkembang di dalam sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem imun tubuh.
Terdapat beratus-ratus kalenjar limfa terdapat di seluruh badan. Kelompok nodus limfa ditemui di leher, ketiak , dada, perut, dan pangkal paha.
Rawatan untuk kanser dalam kalenjar limfa bergantung kepada pelbagai faktor termasuk saiz kanser dan lokasi, dan sama ada kanser Metastasis (merebak) ke kawasan-kawasan lain badan.
Antara faktor yang mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser limfoma adalah :
- Umur. Limfoma boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi limfoma bukan Hodgkin lebih lazim ditemukan pada populasi yang lebih berusia (melebihi 50 tahun). Limfoma Hodgkin paling lazim ditemukan pada orang yang berumur antara 15 sehingga 30 tahun.
- Jantina. Secara menyeluruh lelaki lebih berkemungkinan mengalami limfoma daripada perempuan, walaupun begitu subjenis sklerosis bernodul limfoma Hodgkin lebih lazim ditemukan pada perempuan.
- Sejarah keluarga. Adik-beradik lelaki dan perempuan individu yang mengalami limfoma Hodgkin menunjukkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini (walaupun begitu kemungkinannya masih kecil).
- Pendedahan kepada virus. Individu yang dijangkiti virus tertentu mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sesetengah jenis limfoma.
- Fungsi imun yang tertekan. Individu yang mempunyai fungsi imun yang tertekan seperti individu yang mengalami infeksi HIV mempunyai risiko yang meningkat untuk mengalami limfoma.
Antara gejala kanser limfoma adalah :
- ketulan atau kelenjar bengkak pada kawasan leher, abdomen, ketiak, atau groin (kelangkang).
- Tompok-tompok merah pada kulit.
- Loya, muntah-muntah, atau sakit abdomen.
- Batuk-batuk atau sesak nafas.
- Perpeluhan berlebihan pada waktu malam.
- Susut berat badan tanpa sebarang sebab, biasanya lebih daripada 10% jumlah berat badan.
- Demam yang kuat, secara berselang, terutama pada waktu malam
- Kulit gatal-gatal, biasanya tanpa ruam.
- Kelesuan yang melampau.
Serangan kanser ni selalunya terjadi disebabkan oleh faktor risiko yang seakan sama sahaja.
Jadi, dalam mengelakkan serangan kanser dari berlaku, anda harus mencegahnya dengan mengamalkan gaya hidup sihat, diet seimbang dan mengurangkan stress.
Anda juga boleh mengambil makanan kaya antioksidan untuk menjaga kesihatan terutamanya jika anda mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser.
Rujukan & Sumber :
http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/type/mens-cancer/
http://www.emedicinehealth.com/cancer_symptoms/page2_em.htm
http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/
http://www.care.upm.edu.my/jeniskanser
http://www.cdc.gov/cancer/dcpc/data/men.htm
https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanser-nasofarinks-ancam-lelaki-1.291165
http://www.hmetro.com.my/node/164003
http://www.everydayhealth.com/mens-health/most-common-cancers-in-men.aspx
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_05/Pemakanan-cegah-kanser
0 Pengomen
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.