10 TIPS SENANG HATI BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA DENGAN SELAMAT

10:17 AM

Nampaknya ramai yang dah start untuk bercuti raya sejak semalam. Tak kurang juga yang jadikan hari cuti tu sebagai last minute shopping bersama family. Sesak memang tak payahlah nak cakap lah.

Kat Bangi Sentral je tak perlu tunggu hujung minggu untuk shopping, hari biasa pun parking dah penuh. Saya pergi 2 kali ke area sana pada hari waktu bekerja, parking pun dah takde. Dasyat tau.

Saya dan keluarga pula memang beraya di sini sahaja kerana kami pun dah tiada kampung. Arwah atuk pula baru meninggal 2 bulan lepas, jadi kemeriahan tu sedikit suram. BIla dah kematian arwah nenek, arwah atuk memang tak balik sangat ke kampung. Arwah lebih selesa berada di rumah anak anak je.

Manakala di sebelah suami pun, kampungnya pun dah tiada. Hulu Langat tu boleh dikira kampung ke? Dan kebanyakan ahli keluarga di sebelah suami pun agak dekat. Hanya 2 orang sahaja yang berada agak jauh dari Selangor.

Anda pula bagaimana? Mesti sibuk kemas barang kan?



Yelah, hari hari terakhir Ramadhan ni, ramai juga yang sibuk packing barang untuk balik  ke kampung. 

Tradisi balik ke kampung ni dah jadi satu kewajipan untuk warga kota beraya bersama sama ibu bapa dan sanau saudara. Dalam keghairan nak balik ke kampung tu, anda kena buat checklist supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan yang akan terjadi semasa pulang beraya di kampung.


 Poster kat bawah ni saya share dari FB Kak Salwa. Jom tengok!

TIPS UNTUK SENANG HATI BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA DENGAN SELAMAT


www.bysyiraishak.blogspot.com

  

Tips sebelum bertolak balik ke kampung


  • Bersihkan rumah dan buang sampah sebelum bertolak pulang ke kampung.
  • Beg dikemas dengan kemas supaya dapat menjimatkan ruang beg dan tak perlu bawa barang dengan banyak.
  • Periksa angin tayar kereta, coolant,enjin, break, radiator, air wiper dan sebagainya supaya hal yang tidak diingi dapat dielakkan.
  • Sediakan siap siap sampul raya yang diisi dengan duit raya untuk diberi kepada anak anak dan juga sanak saudara. 
  • Bersiap sedia bawa biskut raya untuk ibu bapa, kad touch n go,Smart Tag, tisu, Powerbank, Charger telefon, handsfree kit dan sebagainya.
  • Jangan lupa bawa barang makeup tau!
  • Pastikan suis dan barang elektrik dimatikan. Check keseluruhan rumah.
  • Kunci pendua seperti kunci rumah dan kunci kereta disimpan si tempat yang selamat.
  • Pastikan tingkap ditutup dan dikunci.
  • Sebelum meninggalkan rumah , inform kepada Rakan Cop atau Ketua Komuniti dan memaklumkan juga kepada jiran-jiran terdekat mengenai kepulangan anda ke kampung halaman.

 Tips semasa memandu untuk balik ke kampung


  • Sebelum memulakan perjalanan, disunatkan membaca doa menaiki kenderaan. Digalakkan juga berniat bahawa perjalanan kita adalah untuk menziarahi ibubapa, saudara mara dan sahabat handai di Syawal ini. InsyaALLAH, perjalanan kita akan dilindungi oleh NYA.
  • Pastikan minyak kereta cukup sebelum memulakan perjalanan,
  • Pastikan mendapat tidur yang cukup sebelum memandu pulang ke kampung.
  • PAstikan memakai tali pinggang keledar sebelum bertolak.
  • Elakkan dari mengunakan telefon semasa memandu kecuali jika anda menggunakan handsfree.
  • Elakkan memasuki lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain. Nak gambar kereta dihantar ke JPJ ke?
  • Pasang lagu di radio dengan kuat supaya tak rasa mengantuk.
  • Berehat sebentar di mana mana R & R untuk hilangkan mengantuk dan penat. Basuh muka dan tidur sebentar untuk recharge energy.
  • Elakkan mengekori kenderaan lain dalam jarak yang dekat.
  • Patuhi had laju yang dibenarkan.


So, kalau kampung anda sememangnya jauh, pastikan tips tips di atas ni diamalkan tau. Yang beraya dekat tu, insyallah tiada masalah. Cuma, sifat 'alert' dan berhati hati semasa di jalan raya patut diutamakan dahulu.

Selamat Hari Raya!

 -------------------------------------------------------------




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::